“Setiap tahun saya hanya menyaksikan perlawanan-perlawanan yang membabitkan Arsenal dan Chelsea tetapi kali ini saya berpe- luang untuk merasainya sendiri..” - Redknapp
SETELAH berjaya mara ke pusingan kalah mati saingan Liga Juara-Juara Eropah musim ini, pengurus Tottenham Hotspur (Spurs), Harry Redknapp sudah tidak mahu menoleh ke belakang lagi.
Jelas Redknapp, beliau kini telah mula mencongak mengenai peluang skuad kendaliannya menjulang trofi berprestij di pentas Eropah itu.
Terdahulu, anak-anak buah Redknapp tampil bergaya apabila membenam kelab Jerman, Werder Bremen 3-0 pada aksi Liga Juara-Juara di White Hart Lane awal pagi semalam.
“Kami memang mahu mencatat kemenangan pada perlawanan tersebut kerana ia merupakan matlamat utama kami.
“Saya, penyokong-penyokong setia kami dan juga barisan pemain ternyata puas dengan kemenangan ini.
“Kini, apa yang kami perlu lakukan adalah terus mengekalkan rentak kecemerlangan tersebut untuk mara lebih jauh dalam saingan musim ini,” jelas Redknapp.
Pada aksi semalam, Younes Kaboul, Luka Modric dan Peter Crouch masing-masing meledak satu gol gol buat Spurs.
Kemenangan tersebut sekali gus membolehkan Spurs mengesahkan slot ke pusingan kalah mati lebih awal selepas unggul selaku pendahulu Kumpulan A apabila mengutip 10 mata.
Bagaimanapun, Spurs terpaksa berkongsi mata dengan penghuni tangga kedua, Inter Milan yang turut melayakkan diri ke pusingan kalah mati.
Pertemuan terakhir peringkat kumpulan bakal menemukan Spurs dengan kelab Belanda, FC Twente dan sekiranya menang, anak-anak buah Redknapp akan muncul selaku juara Kumpulan A.
“Saya tidak mahu terus dibuai mimpi indah dengan kejayaan ini tetapi saya sangat meminati saingan Liga Juara-Juara.
“Setiap tahun saya hanya menyaksikan perlawanan-perlawanan yang membabitkan Arsenal dan Chelsea tetapi kali ini saya berpeluang untuk merasainya sendiri,” tambah Redknapp. — Kosmo
Related posts
- EPL: Tottenham benam Blackburn 4-2
- Tottenham gagal teruskan aksi cemerlang
- Liga Juara: Inter Milan, Tottenham lepasi halangan
- EPL: Tottenham bangkit tewaskan Arsenal 3-2
- Tottenham diundi bersama Inter Milan
- Piala FA: Liverpool mudah ke suku akhir
- Real Madrid tawar RM160 juta dapatkan Luka Modric
- Niko Kranjcar brace as Spurs beat Peterborough
- Insiden pijak Scott Parker: Balotelli digantung 4 perlawanan
Main topics: Liga Juara Eropah
Sub topics: Liga Juara Eropah, Tottenham, Tottenham vs Werder Bremen