EPL: Tottenham bangkit tewaskan Arsenal 3-2
TOTTENHAM bangkit dari ketinggalan dua gol pada babak pertama untuk menewaskan Arsenal 3-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates sebentar tadi.
Arsenal mendahului 2-0 pada babak pertama menerusi jaringan Samir Nasri selepas sembilan minit perlawanan berlangsung dan menggandakan kedudukan pada minit ke-27 hasil jaringan Marouane Chamakh.
Namun Tottenham berjaya bangkit dengan menjaring tiga gol di babak kedua.
Gareth Bale memulakan kebangkitan pasukan pelawat selepas lima minit babak kedua bersambung sebelum jaringan penalti Rafael Van der Vaart pada minit ke-67 menjadikan kedudukan 2-2.
Younes Kaboul akhirnya muncul wira Spurs dengan menjaring gol ketiga dan jaringan kemenangan pasukannya pada minit ke-85.
Luahan Perasaan