Real Madrid tawar RM160 juta dapatkan Luka Modric

Luka Modric
Luka Modric dilabel sebagai tidak profesional oleh pengurus Spurs, Andre Villas-Bos

JUARA Liga Sepanyol, Real Madrid menawarkan £33 juta (RM160 juta) kepada Tottenham Hotspur dalam usaha mendapatkan khidmat pemain Croatia, Luka Modric, secepat mungkin.

Pengurus Spurs, Andre Villas-Boas, telah menolak tawaran Real untuk meminjamkan Nuri Sahin sebagai sebahagian daripada persetujuan untuk mendapatkan pemain midfield tersebut.

Jurulatih Real, Jose Mourinho, akan memimpin para pegawainya untuk mengadakan rundingan dengan Spurs dalam usaha mendapatkan pemain yang dipercayai boleh memberikan kekuatan kepada barisan midfield juara La Liga itu.

Secara peribadi, bos Real itu kenal pengerusi Spurs, Daniel Levy, dan beliau berharap ia boleh mengatasi kebuntuan usaha melamar pemain Croatia itu.

Modric begitu ghairah menyertai gergasi Sepanyol itu, tetapi segala rundingan mengenai pemindahannya sejauh ini telah menemui kebuntuan kerana Real hanya sedia menawarkan £30 juta sedangkan Spurs menuntut £40 juta.

Dua kelab lain, Manchester United dan Paris Saint-Germain, masing-masing berminat untuk mendapatkan pemain yang berusia 26 tahun, tetapi Modric lebih berminat untuk beraksi dalam pertandingan La Liga.

Sebelum ini, Villas-Boas telah menyebut Modric sebagai pemain yang tidak bersikap profesional.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>