Piala FA: Liverpool mudah ke suku akhir

PASUKAN tangga ketiga EPL, Tottenham Hotspur menerima tamparan hebat selepas sekadar seri tanpa jaringan dengan kelab liga bawah, Stevenage manakala Liverpool menang besar 6-1 dalam perlawanan pusingan kelima Piala FA malam tadi.

Keputusan seri tersebut menyaksikan anak buah Harry Redknapp terpaksa beraksi dalam perlawanan ulangan bagi menempah slot ke suku akhir.

“Mereka (Stevenage) beri kami kesukaran dan mereka bekerja keras,” kata Redknapp.

Wira Stevenage dalam perlawanan malam tadi pastinya penjaga gol mereka Chris Day yang berusaha keras dan mempamerkan kecekapan menyelamatkan beberapa percubaan daripada Spurs.

Percubaan Gareth Bale dan Louis Saha sepanjang 90 minit perlawanan tidak berjaya menembusi kubu Stevenage yang kebal.

Stevenage atau Tottenham akan bertemu Bolton.

Liverpool pula meneruskan kemaraan selepas kemenangan bergaya ke atas Brighton 6-1 di Anfield sekaligus memastikan tempat mereka ke suku akhir.

Kemenangan besar The Reds ke atas Brighton dibantu tiga gol sendiri yang disumbat oleh Liam Bridcutt (m-44, 71) dan Lewis Carl Dunk (m-75).

Tiga gol lagi disumbat oleh Martin Skrtel, Andy Carroll dan Luis Suarez.

Liverpool dijadualkan bertemu Stoke City di suku akhir.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>