Pertembungan Real Madrid-AC Milan jadi tumpuan

Gergasi Sepanyol, Itali diundi satu kumpulan Liga Juara Eropah

TIGA pasukan yang secara keseluruhannya telah 20 kali menjulang Piala Eropah, Real Madrid, AC Milan dan Ajax akan bertembung sesama sendiri dalam peringkat kumpulan G Liga Juara-Juara.

Ini merupakan musim kedua berturut-turut juara sembilan kali, Real Madrid dan juara tujuh kali, AC Milan diundi dalam kumpulan yang sama, manakala Auxerre merupakan pasukan keempat dalam kumpulan tersebut.

“Bertemu Real Madrid mengingatkan banyak kenangan manis dan membangkitkan lagi cabaran,” kata pengurus Milan, Massimiliano Allegri.

“Stadium Santiago Bernabeu dan San Siro pasti akan penuh dan menampilkan aksi menarik.

”Auxerre dan Ajax juga pasti menjadi ancaman selepas melepasi pusingan playoff dengan cemerlang.

“Kami perlu mengekalkan tumpuan dan keadaan fizikal kami untuk menghadapi semua perlawanan tersebut. Kumpulan ini ibarat kumpulan maut,” kata Allergi.

Juara bertahan, Inter Milan pula diundi bersama Werder Bremen, Tottenham Hotspur dan FC Twente dalam Kumpulan A. Madrid tidak pernah memenangi pertandingan sejak 2002 dan tidak pernah melepasi peringkat suku akhir, sejak 2004.

“Pasti sukar dalam kumpulan tersebut, tetapi menarik untuk penyokong kerana sejarah antara ketiga-tiga kelab ini,” kata pengarah bola sepak Madrid, Emilio Butragueno.

Bagi pengurus Madrid, Jose Mourinho, undian tersebut merupakan peluang awal untuk menyerlah di Madrid, selepas meninggalkan Milan dengan menjuarai trofi Liga Juara-juara pada Mei lepas.

“Kami berharap dia (Mourinho) merupakan calon yang tepat untuk membawa pasukan memenangi gelaran ini.

“Mungkin nampak mudah di dalam kumpulan, tetapi dia perlu berhadapan dengan situasi ini dan melakukan yang terbaik,” kata Butragueno.

Ajax, juara empat kali Piala Eropah, kembali beraksi dalam Liga Juara-juara untuk kali pertama sejak 2005, selepas menewaskan Dynamo Kiev pada penentuan playoff.

“Anda mahu menang setiap perlawanan dan bertemu Real Madrid dan AC Milan, ia laluan yang sukar,” kata jurulatih Ajax, Martin Jol.

Undian tersebut juga menyaksikan rekod pemain tengah Milan, Clarence Seedorf, yang telah memenangi trofi Eropah itu bersama kelabnya sebanyak dua kali dan ketika bermain untuk Madrid serta Ajax.

Finalis musim lepas yang tewas, Bayern Munich, diundi bersama AS Roma, FC Basel dan Cluj dalam Kumpulan E.

Barcelona juga bertemu dengan kelab Rusia buat kali kedua, iaitu Rubin Kazan, yang berjaya menewaskan gergasi Barcelona itu pada musim lepas, diundi bersama dengan Panathinaikos dan FC Copenhagen dalam Kumpulan D.

Juara England, Chelsea juga bertemu dengan satu lagi wakil Rusia, Spartak Moscow dalam Kumpulan F bersama Marseile dan pendatang baru, Zilina.

Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson pula perlu berdepan pertemuan klasik, Battle of Britain’, apabila diundi dengan jaguh Scotland, Rangers yang juga merupakan bekas kelabnya. Valencia dan Bursaspor dari Turki turut diundi dalam Kumpulan C.

Penyerang baru Shaktar Donetsk, Eduardo da Silva berpeluang untuk menentang bekas kelabnya, Arsenal apabila diundi bersama dalam Kumpulan H bersama FC Braga dari Portugal dan Partizan Belgrade.

Lyon pula diundi bersama Benfica dari Portugal, Schalke dari Jerman dan Hapoel Tel Avic.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>