Peluang Chelsea balas dendam ke atas MU
CHELSEA berpeluang membalas dendam kekalahan menerusi penentuan sepakan penalti kepada Manchester United pada final 2008 apabila mereka diundi bertemu sesama sendiri pada peringkat suku akhir saingan Liga Juara Eropah awal April nanti.
Pasukan pilihan, Barcelona pula akan berhadapan Shakhtar Donetsk dari Ukraine yang menewaskan mereka 3-2 di Nou Camp pada peringkat kumpulan dua tahun lalu.
Pemenang sebanyak sembilan kali, Real Madrid pula akan menentang Tottenham Hotspur manakala juara bertahan Inter Milan akan bertemu Schalke 04.
Pemenang perlawanan Inter/Schalke akan menentang pemenang perlawanan Chelsea/Manchester United pada separuh akhir manakala Real Madrid akan bertemu Barcelona jika kedua-dua pasukan melepasi peringkat suku akhir.
Perlawanan suku akhir akan dilangsungkan pada 6 dan 7 April serta 13 dan 14 April manakala perlawanan separuh akhir pada 27 dan 28 April serta 4 dan 5 Mei dengan final di Stadium Wembley pada 29 Mei.
Luahan Perasaan