Bayern Munich julang Liga Juara Eropah 2013
Bayern Munich juara UEFA Champions League 2012/2013
FINAL: Bayern Munich 2-1 Borussia Dortmund | Stadium Wembley
Jaringan minit terakhir pemain sayap lincah Bayern Munich, Arjen Robben membantu pasukannya menewaskan Borussia Dortmund 2-1 pada perlawanan akhir kejohanan Liga Juara-Juara Eropah musim 2013, awal pagi tadi.
Gol kemenangan itu dijaringkan genap setahun selepas Robben gagal menjaringkan sepakan penalti final yang memberikan trofi Eropah kepada Chelsea.
Perlawanan akhir antara dua kelab Jerman yang berlangsung di Stadium Wembley itu menyaksikan masing-masing saling berbalas serangan sebaik saja wisel perlawanan dibunyikan.
Saingan rancak itu tamat tanpa jaringan pada separuh masa pertama selepas aksi hebat oleh kedua-dua penjaga gol - Manuel Neuer dan Roman Weidenfeller, termasuk kelincahan Robben.
Pada minit ke-60, Mario Mandzukic meletakkan Bayern Munich di hadapan sebelum Ilkay Gundogan menyempurnakan sepakan penalti Dortmund pada minit ke-67.
Bagaimanapun, pada minit ke-89, barisan pertahanan Dortmund gagal menghalang kemaraan Robben apabila dengan tenang menjaringkan gol kemenangan Bayern Munich seterusnya membantu gergasi bola sepak Bundesliga itu menutup tirai musim ini dengan menjulang piala berprestij eropah itu.
Final Liga Juara Eropah 2013: Bayern Munich 2-1 Borussia Dortmund
Pingback: Liga Juara Eropah: Robben padam igauan Final 2012 | Sokernet
Pingback: Bayern Munich Juara Treble 2013 | Sokernet