Selangor buru slot Piala AFC 2013
Selangor vs Sabah - Liga Super 2012
SELANGOR wajib menang ke atas Sabah pada aksi kedua terakhir Liga Super di Stadium Shah Alam malam ini, andai mahu terus bersaing merebut tempat ketiga liga yang juga slot ke Piala AFC musim depan.
Jurulatih Selangor, Irfan Bakti Abu Salim tidak mahu terlalu bergantung keputusan perlawanan membabitkan Perak, Terengganu dan Negeri Sembilan, sebaliknya mahu anak-anak buahnya fokus terhadap perlawanan mereka sendiri.
“Pada kedudukan sekarang, kita tak perlu lagi bangkit soal perlawanan lalu yang patut kita menang dan sebagainya. Fokus kini hanya bertemu Sabah (malam ini) dan Terengganu (Sabtu ini).
“Selain hadiah wang tunai RM300,000 yang membezakan pasukan tempat ketiga dan keempat, maruah Selangor sebagai pasukan elit perlu dijaga. Tempat ketiga ini sepatutnya kita duduki selepas gagal menyaingi Kelantan dan Lions XII,” kata Irfan ketika dihubungi, semalam.
Penyerang dari Croatia, Bosko Balaban kembali akan diturunkan selepas menjalani penggantungan satu perlawanan ketika Selangor membelasah Kuala Lumpur 4-0 hasil dua jaringan Amri Yahyah dan satu gol Azidan Sarudin serta Ramez Dayoub, Sabtu lalu.
“Saya yakin kita boleh tewaskan Sabah tetapi sedikit bimbang jika pemain bersikap ambil mudah. Kena berhati-hati juga kerana Sabah sedang berjuang mengelak berada di kedudukan playoff untuk turun ke Liga Perdana,” jelas Irfan.
Berbaki dua perlawanan, Selangor kini di tangga ketiga dengan 40 mata, diikuti rapat Perak (39), Terengganu (38) dan Negeri Sembilan (36). — Berita Harian
July 10, 2012 - 8:46 pm
nk menang main la elok2 sgor..jgn main telor plak.
July 10, 2012 - 11:06 pm
kenapa tak pindahkan slot afc tu ke piala malaysia tak dan ka…. jatuhkan standard liga super ja… whatever anak emas
July 10, 2012 - 11:28 pm
Hampeh…team teloq juga yg dapat slot tu. Harapkan Perak or Teganu….depa segan.