Sukan Asia 2010: Koo Kien Keat-Tan Boon Heong mara ke final
Pasangan Malaysia tewaskan beregu Indonesia untuk mara ke perlawanan akhir
PASANGAN badminton negara, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong mara ke perlawanan akhir acara badminton beregu lelaki Sukan Asia 2010 di Guangzhou selepas menewaskan pasangan Indonesia, Mohammad Ahsan/Alvent Yulianto di peringkat separuh akhir sebentar tadi.
Menanti pasangan nombor satu dunia itu di final malam esok ialah satu lagi pasangan Indonesia, Markis Kido/Hendra Setiawan yang menundukkan beregu dari Korea Selatan, Chung Jaesung/Lee Yongdae 21-15, 13-21, 21-18 di separuh akhir.
Koo Kien Keat/Tan Boon Heong ialah juara bertahan acara beregu lelaki Sukan Asia 2006 di Doha, Qatar.
VIDEO
November 20, 2010 - 4:01 pm
gua dukung pasangan dari indonesia..
go indonesia go..
November 20, 2010 - 9:20 pm
satu dah tumbang…aiyoo tinggal satu lagi…