Torres lega akhiri kemarau jaringan
FERNANDO Torres berasa lega selepas menyumbat dua gol untuk mengakhiri kemarau jaringan ketika Chelsea menewaskan Leicester 5-2 dalam saingan Piala FA.
Penyerang itu telah bermain selama 25 jam dan 41 minit tanpa menjaringkan gol sebelum dua golnya apabila Chelsea menawaskan Leicester 5-2.
Torres berkata selepas itu: “Saya memerlukan gol-gol itu. Saya telah bekerja begitu keras untuk mendapatkan mereka.
“Mungkin kerja seorang penyerang adalah untuk menjaringkan gol dan jika anda tidak berbuat membuat demikian, orang fikir anda bermain teruk.
“Tetapi sokongan sentiasa berada di sini dan saya rasa keyakinan pengurus (Roberto di Matteo) sekarang. Kami ada beberapa perlawanan penting yang akan datang.”
Gary Cahill, yang membuka jaringan itu, memberitahu ESPN: “Kami keluar ke padang dan membuat apa yang patut.
“Kemenangan membaka keyakinan, anda boleh melihatnya dalam permainan kami sekarang - sungguh hebat untuk menjadi sebahagian daripadanya.”
Luahan Perasaan