City akhiri rekod tanpa kalah Newcastle
- Arsenal, Manchester United turut catat kemenangan
MANCHESTER City menamatkan rekod tanpa kalah Newcastle United dalam 11 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas menewaskan pasukan tangga ketiga itu 3-1 malam tadi.
Tiga gol sumbangan Mario Balotelli (m-41), Micah Richards (44) dan Sergio Aguero (m-72) memastikan Manchester City selesa memimpin Carta EPL dengan mengumpul 34 mata daripada 12 perlawanan liga setakat ini.
Sekalipun tewas, Nescastle kekal di tangga ketiga dengan 25 mata, tiga mata mengatasi pasukan tangga keempat, Chelsea yang akan turun berdepan Liverpool malam ini.
Sementara itu jaringan tunggal Javier Hernandez sudah cukup untuk pencabar terdekat City, Manchester United mengutip mata penuh dengan menumpaskan Swansea 1-0 di tempat lawan.
Arsenal turut mengutip tiga mata selepas menewaskan Norwich City 2-1. Robin van Persie menjaringkan kedua-dua gol The Gunners.
Luahan Perasaan