Tuan rumah Piala Dunia 2018, 2022 diumum 2 Disember
BADAN induk bola sepak dunia, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) akan mengumumkan negara yang berjaya menjadi tuan rumah Piala Dunia 2018 dan Piala Dunia 2022 pada 2 Disember depan.
Empat negara menawarkan bidaan untuk menganjurkan Piala Dunia 2018 secara bersama iaitu Sepanyol-Portugal dan Belgium-Belanda.
Dua lagi negara yang membuat bidaan tuan rumah Piala Dunia 2018 ialah England dan Rusia.
FIFA dalam laporan awalnya bagaimanapun membidas bidaan menganjurkan Piala Dunia oleh dua negara secara bersama.
“Harus difahami bahawa konsep menjadi tuan rumah bersama bakal berdepan masalah pada Piala Dunia FIFA dalam memastikan standard yang sama.
“Oleh itu, bagi membolehkan penyediaan yang lengkap untuk menjadi penganjur bersama, di mana segala operasi perlu diselaraskan sebaiknya,” jelas laporan tersebut.
Bidaan Rusia juga dikritik atas masalah pengangkutan dan infrastruktur teknologi, sementara bidaan England dikecam berikutan keadaan tempat latihan dan penyediaan hotel buat pasukan yang bertanding.
Lima negara bersaing untuk mendapat hak menganjurkan Piala Dunia 2022 iaitu Jepun, Korea Selatan, Amerika Syarikat, Australia dan Qatar.
Juara dunia lima kali, Brazil dipilih untuk menganjurkan Piala Dunia 2014.
November 18, 2010 - 10:55 pm
negara manakah yang terpilih yer nanti…
December 2, 2010 - 8:34 am
mestilah aku sokong england lah