Kelayakan Piala Dunia: Portugal pintas Rusia

Portugal 1-0 Rusia

Portugal mengekalkan harapan mereka untuk layak ke Piala Dunia 2014 selepas menewaskan Rusia 1-0 dan mendahului Kumpulan F.

Rusia mengalami kekalahan pertama mereka di Kumpulan F selepas Helder Postiga menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-9.

Kemenangan meletakkan Portugal dua mata di atas Rusia, namun mereka telah bermain lebih dua perlawanan berbanding pasukan kendalian Fabio Capello.

Dalam saingan Kumpulan A pula, Scotland mencatat kemenangan di Zagreb dengan menewaskan Croatia 1-0 melalui jaringan Robert Snodgrass pada minit ke-26.

Dengan keputusan itu, Belgium bergerak tiga mata di hadapan Croatia di tempat pertama selepas menewaskan Serbia 2-1. Jaringan-jaringan Kevin De Bruyne dan Maroune Fellaini memberikan kemenangan kepada Belgium.

Video Portugal 1-0 Russia | Kelayakan Piala Dunia 2014


Video Portugal vs Russia [1-0]

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>