Presiden FIFA: Mohamed Hammam cabar Sepp Blatter

PRESIDEN Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) Mohamed Bin Hammam sah akan bertanding jawatan presiden FIFA yang kini disandang Sepp Blatter.

Mohamed, 61 tahun, mengakhiri spekulasi mengenai keinginannya untuk menjawat kedudukan ketua bola sepak dunia dengan mengumumkan keputusannya di ibu pejabat AFC di Kuala Lumpur.

“Selepas mempertimbangkan semasak-masaknya, saya memutuskan untuk meneruskan hasrat bertanding bagi jawatan presiden dalam pemilihan FIFA pada 1 Jun nanti.

“Jawatankuasa eksekutif AFC memberi dorongan kepada saya.

“Perubahan wajar dan diperlukan dalam FIFA.

“Saya ingin berkhidmat untuk FIFA dan saya sentiasa menegaskan persaingan adalah bagus.

Blatter, 75, mahu meneruskan khidmat ketua FIFA untuk penggal keempat dan terakhir, namun beliau sedia menyahut cabaran Mohamed itu dalam undian kongres FIFA selama dua hari di Zurich yang bermula 31 Mei depan.

Mohamed dipilih buat kali ketiga bagi penggal selama empat tahun untuk terus menerajui AFC bakal menjadi presiden FIFA kesembilan dan orang Asia pertama seandainya terpilih.

Mohamed Bin Hamman mahu membawa pembaharuan dalam FIFA andai terpilih.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>