Sepanyol dominasi Pemain Terbaik Dunia 2010
STATUS selaku Juara Piala Dunia 2010 memberi kelebihan buat Sepanyol apabila tujuh pemain negara itu disenarai bagi merebut anugerah Pemain Terbaik Dunia 2010 yang akan diumumkan pada Januari depan.
Antara pemain Sepanyol yang tersenarai termasuk ketua pasukan yang juga penjaga gol kelab Real Madrid, Iker Casillas serta penjaring gol tunggal perlawanan akhir Piala Dunia 2010, Andres Iniesta.
Jerman yang gagal ke perlawanan akhir selepas tewas kepada Sepanyol di peringkat separuh akhir Piala Dunia 2010 mempunyai pemain kedua paling ramai iaitu lima pemain diikuti Brazil (tiga) dan Belanda (dua).
Pemain Terbaik Dunia 2009, Lionel Messi adalah pemain tunggal dari Argentina yang dicalonkan sama seperti Pemain Terbaik Dunia 2008, Cristiano Ronaldo adalah calon tunggal dari Portugal.
Bagi peringkat kelab, Barcelona menguasai senarai calon dengan enam orang pemain diikuti Bayern Munich (lima), Real Madrid (empat) dan Inter Milan (empat).
Bagi peringkat liga utama Eropah, Liga Sepanyol mendominasi senarai calon dengan 11 pemain manakala Liga Perdana Inggeris hanya mempunyai tiga wakil iaitu Didier Drogba (Chelsea), Cesc Fabregas (Arsenal) dan Asamoah Gyan (Sunderland).
Luahan Perasaan