Bolivia ikat Argentina 1-1

PEMAIN gantian, Sergio Aguero menyelamatkan maruah tuan rumah, Argentina apabila jaringannya pada minit ke-76 menghampakan Bolivia untuk mencipta kejutan pada aksi pembukaan Copa Amerika 2011 di Stadium La Plata sebentar tadi.

Penyokong tuan rumah tersentak seketika apabila Edivaldo Rojas memberikan gol pendahuluan buat Bolivia pada minit ke-48, namun jaringan menarik Aguero mengikat perlawanan dengan keputusan 1-1.

Dua tahun lepas, Bolivia memberikan aib buat Argentina apabila menewaskan pasukan bimbingan Diego Maradona itu 6-1 dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2010.

Argentina akan bertemu Colombia dalam perlawanan berikutnya, 7 Julai nanti.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>