Piala AFF: FAM atur perlawanan menentang Bangladesh 20 Nov
SKUAD Harimau Malaya jelas masih ‘kehausan’ perlawanan persahabatan hinggakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terpaksa merancang mengadakan satu lagi perlawanan persahabatan menentang Bangladesh pada 20 November ini sebagai persiapan terakhir menghadapi Piala AFF Suzuki.
Bagaimanapun Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, perlawanan terbabit belum disahkan Bangladesh dan beliau berharap mendapat maklum balas selewat-lewatnya minggu depan.
“Kami belum mendapat sebarang maklum balas sama ada mereka setuju atau sebaliknya. “Perlawanan ini dirancang kerana diminta ketua jurulatih negara, Datuk K Rajagobal yang mahu satu lagi perlawanan persahabatan sebelum memulakan aksi Piala AFF,” katanya ketika dihubungi petang semalam.
Azzuddin berkata, sekiranya Bangladesh tidak setuju, skuad negara mungkin terpaksa menentang pasukan tempatan.
“Kami cuba memanfaatkan kehadiran Bangladesh di Asia Tenggara kerana mereka dijadual menentang Thailand pada 17 November,” katanya.
Hong Kong yang dijadual menentang skuad negara di Stadium Shah Alam, Rabu ini pada awalnya menjadi persiapan terakhir namun sebaliknya berlaku andai Bangladesh mengesahkan kehadiran mereka di Kuala Lumpur.
Dua aksi persahabatan menentang Vietnam dan Thailand dalam tempoh dua minggu lalu memberikan keputusan negatif kepada skuad negara apabila kecundang 0-1 dan 0-2 sekali gus menimbulkan kebimbangan kepada peminat dan pemerhati bola sepak tempatan.
November 10, 2012 - 11:17 am
klu jd…msti kenduri gol skuad kinggopal nih..baru lah nampak juara bertahan dpt belasah team lain.
November 10, 2012 - 11:30 am
bijak nya Tokraja… cari team yg pakai boot pun terbalik…
November 10, 2012 - 11:56 am
sep berok kokse lagi tuh..haha
November 10, 2012 - 12:15 pm
lawan vietnam..1-0
lawan thailang..2-0
lawan hong kong…haish,2-2(ramalan baik sket)
lawan bangladesh…hadoiiii..nampak sangat dah tak sanggup terima kekalahan..mmg konpem kena menang la weii..bengong punga FAM..
November 10, 2012 - 2:40 pm
Team yg lebih kurang sama dgn Sri Lanka(yg Malaysia kalahkan hr tu). Nampak terdesak sgt utk mng. Kalau kalah jugak tak tahulah nak cakap apa lg. Tunggu je lah ya?
November 10, 2012 - 1:46 pm
dh x de idea dh tu..terpaksa cari team lemah utk menang..hai FAM….
November 10, 2012 - 4:04 pm
Wakpo x lawan dengan team nepal jah bru sedak katok 12-0 pah2 tuh boleh nyohor so msia
November 10, 2012 - 4:05 pm
Eh,kan Raja Gubal kata tak kisah kalah ngan Vietnam dan Thailand? Pembohong la lagu tu… Kau tak payah cari mana-mana team untuk buat friendly lagi Gubal, kau panggil saja Piya, Farhan, Azwan Roya dan Indra Putra. Letakkan mereka di midfield untuk gerakkan Mat Yo dan Safee Sali. Ini dia midfield terbaik negara masakini
November 10, 2012 - 8:31 pm
Apa dah jadi…hei Gobal u mau pusing cerita ka. Terdesak sangat nak menang ka? Bangladesh tu team baru pandai berlari la. ni bukan cara nak tunjuk taring bro. Ni cara nak tutup malu. ko nak bg player penat yg sia2, tak berbaloi langsung. Terima lah kelalahan, kan adat pertandingan. Ko masih Ada masa nak tukar pemain. Jangan nak tunjuk hebat dengan budak kecik bodoh.
November 10, 2012 - 11:25 pm
ADUYAIII..KENAPA FAM PALO MASUK AIR.. DARI LAWAN TEAM BANGLA BAIK FAM BUAT N TEAM MALAYSIA LAWAN PASUKAN TERSOHOR DALAM MALAYSIA NI…. SUNGAI SIPUT FC VS MALAYSIA…PASTI KORANG BELUM TENTU MENANG…ADA BERANIII
November 11, 2012 - 1:34 am
lawan Timur Leste lagi baik….
November 11, 2012 - 8:39 am
ckp dgn dinding lebih baik….apala rajagopoh ni..
November 13, 2012 - 1:08 pm
aduyaiii…dedulu time ranking HM mnjunam ada ckp
tak dpt team yg class A top2 dpt team ajat di ati
mcm VIETNAM n SIAM terus kena debik..ah jatuh lg
ranking,,,pasal apa , manjang nk test players je..
sampai kiamat pun kalau mcm ni mmg takde teamwork
dlm tema HM ni…pas HONG KONG pas tu lwn lak team
RAJA LAWAK mat BANGLA…uwaaaa..yg terer kriket je..
team luar sume dah lwn yg handal2 tp MH undur
belakang..cuba nengok :
1.S’PORE ada test kat Japan
2.INDON ada test dgn CAMERON
3.THAILAND ada main dgn NORWAY
4.HM ada game dgn team RAJA LAWAK mat BANGLA..
mmg sakit ati dgn sume perancangan FAM dn panel2
kejurulatihan ttg hala tuju team HM kita ni..rasa2
lebih molek kasi aje team OKS HM A yg main dlm AFF
nnt..lagi puas ati nengok dorang main..
time game dgn 2 team yg HM tewas baru2 ni ada
beberapa players yg mmg takde standard HM :
1.zubir azmi..lebih baik guna daudsu
2.alex@azamudin akil..lebih baik guna azwan roya
3.amr rohidan…lebih baik guna badri radzi
4.farizal marlias..lebih baik guna norazlan razali
5.fakri saarani…lebih baik guna farhan atau
indra putra atau afiq azmi
cuba ikut contoh mcm spain guna general yg mmg
dah serasi dgn BARCA XAVI , INIESTA ,FABREGAS
tp nape DKRG tak guna idea mcm tu ekk..cuma
ada shakir shaari je..mana dia BADRI RADZI ,AZWAN
ROYA , INDRA n FARHAN..pelik2…
November 15, 2012 - 12:25 am
senang jer nk bagi faham Raja ni. HM takleh pertahan aff cup.. so letak jawatan. sbb la ni ego dia tinggi sgt. dia ni tak wat study ke time final piala malaysia tu? pelik btul la.