FAM disaman hampir RM1 juta
Insiden perlawanan Kelayakan Piala Dunia Zon Asia
BEKAS pereka grafik yang buta mata kanannya akibat terkena mercun ketika menyaksikan perlawanan Kelayakan Piala Dunia Zon Asia 28 Jun 2011 menuntut ganti rugi hampir RM1 juta daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan tiga defendan lain.
Tuntutan itu berdasarkan kecederaan yang dialami turut mengakibatkannya hilang pendapatan.
Saman difailkan Ahmad Jazimin Mohd Jalaludin menerusi sebuah firma guaman di Mahkamah Kuala Lumpur.
Selain FAM, Ahmad Jazimin turut menamakan Ketua Polis Negara, Ketua Polis Selangor dan Kerajaan sebagai pihak defendan.
Penyokong bola sepak terkena mercun saman FAM
Seorang pereka grafik yang mengalami kecederaan mata kekal ekoran terkena mercun ketika menyaksikan perlawanan bola sepak pada Julai tahun lepas, hari ini memfailkan saman RM776,000 terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Ketua Polis Selangor dan dua lagi.
Ahmad Jazimin Mohd Jalaludin, 30, memfailkan writ saman itu menerusi Tetuan N.M Main & Associates di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.
Beliau menamakan FAM sebagai defendan pertama, Ketua Polis Selangor sebagai defendan kedua manakala Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia sebagai defendan ketiga hingga keempat.
Menerusi penyata tuntutan beliau mendakwa mengalami kecederaan pada mata kanannya ketika menonton perlawanan bola sepak prakelayakan Piala Dunia 2014 melibatkan pasukan negara Malaysia dengan Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Julai tahun lepas.
Ahmad Jazimin yang turut hadir di mahkamah, mendakwa beliau dan penonton lain memasuki stadium tanpa melalui apa-apa saringan atau pemeriksaan badan oleh penjaga pintu masuk ataupun anggota polis.
Beliau mendakwa ketika kejadian kira-kira 8.45 malam, satu mercun telah jatuh di tempat duduk penonton dan meletup hingga mengenai mata sebelah kanannya.
Ahmad Jazimin mendakwa pihak FAM gagal mematuhi piawaian dan standard penganjuran perlawanan bola sepak antarabangsa yang ditetapkan oleh pihak Persekutuan Bolasepak Dunia (FIFA) sepanjang perlawanan tersebut.
Tambahnya defendan kedua dan ketiga gagal menempatkan anggota polis mencukupi bagi tujuan keselamatan di pintu masuk untuk mengekang percubaan membawa masuk bahan dan objek terlarang ke dalam stadium.
Ahmad Jazimin menutut ganti rugi am RM100,000, ganti rugi khas kehilangan upaya pendapatan RM576,000, ganti rugi has RM100,000, faedah, kos dan relif lain.
Sementara itu peguam Nik Mohamad Anuar Badiruddeen memberitahu pemberita writ saman akan diserah kepada defandan dalam tempoh 14 hari. - Bernama
July 24, 2012 - 1:37 pm
terbaikkkkkk
July 24, 2012 - 1:40 pm
mmg terbaikkkkk…
July 24, 2012 - 1:50 pm
saman 10 juta pun xpe lah! kasi kiok sama itu FAM bangsat!kah kah kah
July 24, 2012 - 3:13 pm
jangan begitu… kesian JIDIN…. nanti nak kerja aper….
July 24, 2012 - 3:29 pm
biasa FAM je sedap saman team negeri sebab keselamatan longgar sekarang hambik nak sangat.. haha baru tau kena atas muka sendirik..
July 24, 2012 - 6:25 pm
bile keselamatan ketat, korng dok komen itu ini, bile da dilonggarkan, jadi mcm ni pulak. nnt jadi makin ketat, yang susa, kami2 pemint. isap rokok pon x bole nnt. haiyo
July 24, 2012 - 8:43 pm
ang dok backup2 FAM tu pasai apa…yang kena mercun tu pun pminat gak..ang nak jd macam dia kaaa? lol
July 24, 2012 - 6:51 pm
Budak gila bermain mercun bola,
Mercun terbang terkena mata,
Lebih baik saman sama Sultan Bola,
Kerana dia pegang semua harta.
July 24, 2012 - 7:16 pm
keno dohla wei…agah sgt dekpom ni gak..
July 25, 2012 - 9:52 am
hilang upaya pendapatan tu cmne?die tak leh bekeje ke sbb tak leh nampak sebelah tu?aku sokong gak saman ni..padan muko fam tp tak mcm lelebih2 ke?b4 dis ramai gak yg kene mercun,meninggal pon hado..tp tak de saman..