Home » 2010 » October

\ \ \ \ \ \

N.Sembilan, Kelantan ke Final Piala Malaysia 2010

JUARA musim lepas, Negeri Sembilan dan Kelantan sekali lagi berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir Piala Malaysia setelah mengalahkan lawan masing-masing pada perlawanan separuh akhir kedua malam tadi. Di Stadium JCORP, Pasir Gudang, pasukan pelawat, Negeri Sembilan berjaya menumpaskan Johor FC dengan kemenangan 2-0. Sebelum ini pada perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Tuanku Abdul […]

\ \ \

Villareal gagal pintas Real Madrid

HASRAT Villareal untuk kembali merampas tangga teratas Carta Liga Sepanyol gagal apabila diikat 2-2 oleh Hercules dalam aksi tunggal yang berlangsung awal pagi tadi. Semalam Real Madrid merampas kedudukan teratas liga daripada Villareal selepas membelasah Malaga 4-1 menerusi sentuhan Ronaldo dan Gonzalo Higuain. Keputusan seri dengan Hercules membolehkan Villareal berada di tangga kedua dengan perbezaan […]

\ \ \ \ \

Ancelotti tidak gusar Chelsea gagal kutip mata penuh

CARLO Ancelotti menjelaskan bahawa Chelsea masih lagi memegang status pendahulu Liga Perdana Inggeris meskipun diikat tanpa jaringan oleh Aston Villa kelmarin. The Blues gagal menggunakan beberapa peluang yang terhidang ketika berdepan anak-anak buah Gerard Houllier itu di Villa Park. Begitupun Ancelotti menegaskan, beliau tidak berasa terkilan setelah kehilangan dua mata berharga tersebut. “Saya tidak begitu […]

\ \ \ \ \

Manchester City himpit Chelsea

MANCHESTER City menggunakan sepenuhnya kesempatan jirannya United yang tercicir mata untuk mendekatkan diri dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris Chelsea, selepas mengutip tiga mata hasil kemenangan 3-2 ke atas Blackpool di gelanggang lawan, malam tadi. Carta Terkini EPL Terikat tanpa jaringan pada babak pertama di Bloomfield Road, Carlos Tevez memecah kebuntuan dengan gol pertama pada minit […]

\ \ \ \

Barcelona tewaskan Valencia 2-1

ANDRES Iniesta dan Carles Puyol memberikan Barcelona kemenangan berharga 2-1 ke atas Valencia yang merupakan pendahulu liga sebelum ini dalam aksi di Nou Camp semalam. Pelawat terlebih dahulu di hadapan pada minit ke-38 melalui serangan balas melalui Pablo Hernandez yang menerima lorongan Jeremy Mathieu. Iniesta bagaimanapun memberikan Barcelona gol penyamaan selepas bertukar hantaran dengan Xavi […]

\ \ \ \ \

Ronaldo, Higuain julang Real Madrid

CRISTIANO Ronaldo dan Gonzalo Higuain masing-masing menjaringkan dua gol untuk membantu Real Madrid membenam Malaga 4-1 sekali gus meletakkan skuad Galacticos kembali memimpin kedudukan Liga Sepanyol. Carta Liga Sepanyol Pada masa yang sama, Barcelona menewaskan Valencia 2-1 untuk memberi tekanan kepada pendahulu liga. Ronaldo menjadi watak penting kepada setiap gol yang dijaringkan Real, bermula dengan […]

\ \ \ \ \

Giliran Everton tambah derita Liverpool

LIVERPOOL tumbang kepada Everton 0-2 dalam pertembungan Merseyside, malam tadi dengan era baru gergasi bola sepak England itu menuju satu permulaan yang amat mengecewakan. Gol dalam setiap babak daripada Tim Cahill dan Mikel Arteta memastikan mata buat Everton yang beralih ke tangga ke-11 dalam kedudukan Liga Perdana sedangkan Liverpool tergelincir ke tangga kedua terbawah. Dengan […]

\ \ \ \ \

EPL: Liverpool jatuh ke tangga 19

LIVERPOOL tewas 2-0 kepada Everton dalam pertarungan Merseyside ketika gergasi bola sepak Inggeris itu memulakan era baru dengan kehampaan. Gol oleh Tim Cahill dan Mikel Arteta dalam setiap babak permainan memberi mata penuh kepada Everton yang melonjak ke tangga ke-11 dalam Liga Perdana Inggeris manakala Liverpool terus terbenam ke tempat kedua tercorot. Carta Terkini EPL […]

\ \ \ \

Kelantan padamkan kehebatan Selangor

SELANGOR bukan saja gagal mempertahankan rekod tanpa kalah saingan Piala Malaysia 2010 bahkan turut gagal melangkah lebih jauh sekaligus mengulangi kehampaan musim lalu ketika disekat Terengganu pada peringkat suku akhir. Ramalan awal ketu jurulatih Kelantan, B Sathianathan bahawa Selangor berdepan laluan sukar, menjadi kenyataan setelah anak buah K Devan itu tersungkur mudah dalam aksi perlawanan […]

\ \ \ \ \ \ \

N.Sembilan, Kedah, Johor FC mara separuh akhir

PENYANDANG juara, Negeri Sembilan mara ke saingan separuh akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Perlis 3-1 pada aksi suku akhir kedua di Stadium Utama Negeri, Kangar malam tadi. Dua gol Negeri Sembilan dihasilkan menerusi Abdul Halim Zainal pada minit ke-24 dan 41 manakala satu gol sumbangan Shukor Adan (74). Gul tunggal Perlis dihasilkan oleh Azrul Ahmad. […]

\ \ \

Kelantan mara ke separuh akhir

NAIB juara musim lalu, Kelantan berada dalam kelas tersendiri apabila muncul sebagai pasukan pertama ke separuh akhir Piala Malaysia 2010 setelah menewaskan Selangor dengan agregat 3-0 pada pertemuan suku akhir kedua di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV malam tadi. Beraksi di hadapan lebih 25,000 penyokong, tuan rumah menggunakan kelebihan di gelanggang sendiri dengan mempamerkan corak permainan […]

\ \ \ \

Kelantan, Selangor sambung ‘persengketaan’

Sathianathan, Devan yakin pasukan bimbingan mampu lepasi halangan di Kota Bharu HANYA satu perlawanan suku akhir kedua berlangsung malam ini di mana tumpuan peminat bola sepak tempatan sudah pasti terarah kepada pertemuan antara Juara Liga Super, Selangor yang berdepan pasukan tuan rumah, Kelantan. Selepas aksi pertama di Shah Alam berkesudahan seri tanpa jaringan, perlawanan malam […]

Page 1 of 3123