Menjelang pemilihan Presiden FIFA 1 Jun 2011
ISU rasuah turut menggoncang badan pentadbir bola sepak dunia, FIFA, apatah lagi menjelang pemilihan yang menyaksikan penyandang Presiden FIFA, Sepp Blatter bakal menerima tentangan Presiden Konfederasi Bola Sepak Asia, Mohammed bin Hammam 1 Jun ini.
Sebelum ini FIFA Mohamed Hammam dan Naib Presiden FIFA, Jack Warner untuk menghadiri perbicaraan atas dakwaan rasuah ketika kempen lawatan pegawai Qatar ke Trinidad dua minggu lalu.
Masa dan sumber dakwaan itu dibuat oleh sekutu kuat Warner iaitu Chuck Blazer dari Amerika Syarikat sekali gus meletakkan mereka dalam keadaan sukar sama seperti skandal lain membabitkan FIFA.
Hammam berharap untuk menamatkan cengkaman Blatter yang menjadi Presiden FIFA selama 13 tahun pada 1 Jun yang akan ditentukan menerusi undi membabitkan 208 ahli persekutuan berkenaan.
Bagaimanapun Hammam mungkin dilarang daripada mengundi di Zurich jika panel etika itu memutuskan buat sementara supaya beliau digantung daripada semua tugas berkaitan bola sepak manakala ketika membuat persiapan kes, bakal memberi laluan selesa kepada Blatter, 75, untuk memenangi jawatan bagi penggal keempat dan terakhir untuk mengetuai persekutuan sukan paling popular di dunia itu.