Perak tolak hasrat Khairul Azwan letak jawatan

PENGURUSAN Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) menolak peletakan jawatan pengurus pasukan Perak, Khairul Azwan Harun pada 7 Julai lepas

Presiden PAFA, Datuk Zainol Padzi Paharuddin berkata, dengan keputusan itu, pengurusan PAFA meminta Khairul Azwan meneruskan tugasnya bagi menghadapi saingan Piala Malaysia yang dijadual bermula 9 September depan.

“Pafa tidak merasakan beliau gagal walaupun skuad Seladang gagal berada dalam kelompok lima pasukan terbaik Liga Super.

“Sebenarnya Perak telah bangkit daripada antara pasukan tercorot musim lalu kepada kedudukan yang lebih baik musim ini,” katanya di Ipoh semalam.

“Oleh yang demikian, PAFA meminta Khairul Azwan meneruskan tugas seperti biasa kerana keseluruhan pasukan dan peminat bola sepak negeri memerlukan usaha, tenaga dan komitmen beliau.”

Khairul Azwan yang mengurus skuad Seladang sejak November 2010, mengambil keputusan meletak jawatan sebagai pengurus pasukan selepas Perak menduduki tangga keenam Liga Super.

Ini bagi memenuhi janjinya berbuat demikian jika Perak gagal menempatkan diri dalam kelompok lima pasukan teratas dalam saingan liga itu. — Kosmo

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>