Kelantan juara Piala Agong 2011
- Pembuka tirai saingan Piala Emas Raja-Raja 2011
PASUKAN Piala Emas Raja-Raja Kelantan sekali lagi mengukir nama apabila muncul Juara Piala Agong 2011 selepas menewaskan juara bertahan, Perlis 3-2 di Stadium Sultan Mohd Ke-IV Kota Bharu kelmarin.
Jaringan akhir Ramzul Zahini pada masa tambahan (minit 92) membolehkan Kelantan membenam Perlis 3-2 dan sekaligus merampas kejuaraan Piala Agong daripada juara bertahan itu.
Gol-gol Kelantan dijaringkan oleh Rosairil Asrol minit 51 dan Wan Rohaimi Ismail minit 67 melalui sepakan penalti manakala gol Perlis diperolehi melalui jaringan Mohd Muhaimin minit ke 34 dan Mohd Ikhmal minit ke 87.
Gabungan mantap pemain berpengalaman dan muda menjadikan skuad Kelantan tampak seimbang serta kental beraksi meskipun pelawat menjaringkan gol awal dan kurang mendapat sambutan penyokong. Aris Zaidi dinobat pemain terbaik perlawanan.
Kelantan:
Mohd Shahrizan, Nik Shahrul Azim, W.Rohaimi, Mohd Sani Nawi, T.Norhafizie, Norshahrul Hawari (Mohd Syawalrudin), Hafizi Awang (Noriman), Rosairil Asrol, Ramzul Zahini, Aris Zaidi dan Hamizi Harun.
Perlis :
Izwan, Faiz, Mohd Nasri, Rosmawadi, Andrien Jurad (Phulsakti), Mohd Muhaimin (Mohd Bahiyudin), Anas, Muhd Alif, Ezzrul, Mohd Ikmal dan Wan Khairul (Mohd Afif).
Luahan Perasaan