Enam pasukan mara ke suku akhir
KELANTAN, Johor, Perak, Kedah, Masum serta Terengganu mara ke peringkat suku akhir Piala Emas Raja-Raja edisi yang ke-70 selepas berakhir saingan peringkat kumpulan semalam.
Bagaimanapun dua lagi slot ke suku akhir dari kumpulan A masih belum dapat ditentukan selepas bermula lewat dua hari dari kumpulan lain akibat banjir melanda di negeri Utara Malaysia.
Juara 2008, Kelantan tidak menghadapi masalah untuk merekodkan kemenangan bersih dalam saingan Kumpulan B diiringi Johor sebagai naib juara sekaligus menghantar pulang ATM dan Pulau Pinang.
Dalam saingan Kumpulan C menyaksikan Selangor yang diperkuatkan dengan kehadiran Hardi Jaafar, Khalid Jamlus, Rudie Ramli dan Zaiza Zainal Abidin gagal menepati status selaku pasukan pilihan.
The Red Giants kalah mengejut 1-4 pada perlawanan sulung kepada Kedah sebelum tewas perlawanan kedua kepada tuan rumah, Perak.
Keputusan seri terikat tanpa jaringan Perak dan Kedah perlawanan terakhir kumpulan sudah memadai untuk mereka layak ke pusingan seterusnya.
Masum mengungguli Kumpulan D diikuti Terengganu yang mengumpul lima mata walaupun Singapura cuba memberi saingan sengit tetapi masih belum cukup untuk memastikan mereka layak ke peringkat suku akhir yang bakal diadakan pada 13 dan 20 Nov nanti.
Bagi Kumpulan A pula, terpaksa ditunda kepada 7, 8, 9 November berikutan venue perlawanan, Stadium Utama Kangar tidak dapat digunakan akibat banjir.
Kumpulan A menempatkan juara bertahan, Perlis bersama-sama Pahang, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.
Piala Emas Raja-Raja anjuran Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBSMM), merupakan antara kejohanan bola sepak tertua tanahair yang menampilkan 16 pasukan mengambil bahagian di empat venue dan kumpulan berbeza.
Kejohanan ini menampilkan barisan pemain negeri termasuk pemain yang pernah bermain dalam Liga Super, Liga Perdana dan pemain remaja kebangsaan.
November 9, 2010 - 12:09 pm
uih. camne selangor boleh kalah ni.takpe aku tetap sokong selangor.
November 11, 2010 - 4:09 pm
aq tetap sokong selangor…GoGo
November 13, 2010 - 3:01 pm
Ipoh Mali Talak Sombong!!!kejor yop kejor!!!