Kelantan tuan rumah final Piala Presiden 2013

Piala Presiden 2013JUARA bertahan, Perak akan berentap dengan Kelantan pada perlawanan akhir Piala Presiden 2013 yang akan berlangsung di Kota Bharu 12 Oktober depan.

Kedua-dua pasukan mengemukakan permohonan kepada FAM untuk menjadi tuan rumah, namun Kelantan dipilih setelah mengambil kira pasukan Perak sudah pun menjadi tuan rumah pada aksi final 2012.

Perak layak ke perlawanan akhir Piala Presiden bagi kali kedua berturut-turut setelah mencatat keputusan seri 1-1 pada separuh akhir kedua dengan Terengganu di Kuala Terengganu 3 Oktober lalu.

Keputusan itu membolehkan Perak selaku juara bertahan mencatat kemenangan aggregat 5-3.

Pada aksi separuh akhir pertama di Ipoh, Perak mengalahkan Terengganu 4-2.

Sementara Kelantan pula berjaya melangkah ke final dengan menewaskan Johor 1-0 secara agregat.

Kelantan menang 1-0 di Kota Bharu selepas mengikat Johor 0-0 dalam aksi separuh akhir pertama di tempat lawan.

“Mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan ke-19 FAM bagi sesi 2010-2014 telah memutuskan bahawa sekiranya Pasukan Kelantan berjaya melangkah ke perlawanan akhir maka Pasukan itu akan menjadi Pasukan Tuan Rumah (PTR). Ini adalah kerana bagi edisi perlawanan akhir Piala Presiden 2012 Pasukan Perak telah menjadi Pasukan Tuan Rumah (PTR).

“Sehubungan itu, Perlawanan Akhir Piala Presiden 2013 di antara Pasukan Perak melawan Kelantan akan dimainkan di Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kota Bahru, Kelantan pada hari Sabtu, 12 Oktober 2013 jam 8.45malam.”

Piala Presiden 2013

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>