Tiket Final RM50 untuk baik pulih padang

BUKAN sengaja mahu mencipta alasan, sebaliknya kos membaiki permukaan padang menjadi punca utama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terpaksa meletakkan harga tiket kepada RM 50 bagi semua tempat duduk untuk aksi final Piala Malaysia esok.

Menurut sumber FAM yang enggan didedahkan, jika mutu padang Stadium Shah dalam keadaan baik, harga tiket untuk menyaksikan pertembungan Terengganu dan Negeri Sembilan, mungkin dapat direndahkan.

“Kerosakan padang di Stadium Shah Alam terlalu serius dan 20 peratus daripada hasil penjualan tiket akan digunakan untuk menampung kos membaiki padang.

“Atas faktor tersebut, selepas berbincang dengan kedua-dua persatuan negeri, FAM berpendapat RM50 adalah jumlah wajar bagi membayar kos kerosakan padang yang saya sifatkan agak tinggi.

“Ini ditambah lebihan keuntungan penjualan tiket itu akan dibahagikan kepada Terengganu dan Negeri Sembilan yang bermain di perlawanan akhir.

“Orang ramai perlu faham, walaupun penyenggaraan Stadium Shah Alam bukan di bawah tanggungjawab FAM, tetapi kerana telah menyewa untuk perlawanan akhir Piala Malaysia, FAM harus membayar kos kerosakan padang, bukannya Majlis Bandar Raya Shah Alam (MBSA), ” kata sumber tersebut.

Sumber FAM itu juga menjelaskan, terdapat sedikit tambahan dalam kos keselamatan untuk final di Stadium Shah Alam

“Pada tahun ini juga terdapat peningkatan dari segi penggunaan tenaga keselamatan iaitu daripada 1,600 pada tahun lalu di Stadium Nasional Bukit Jalil kepada 2,000 untuk final tahun ini.

“Jadi secara tidak langsung FAM terpaksa membayar kos keselamatan yang lebih berbanding sebelum ini, ” ujarnya.

Sebelum ini, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad berkata, tiada cadangan untuk menurunkan harga tiket RM50 pada perlawanan akhir Piala Malaysia.

Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Ahmad Shah turut merayu supaya harga tiket dikurangkan.

Cuma isu tiket semahal RM50 sedikit reda di kalangan penyokong selepas Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) memberikan subsidi, sementara Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) hanya menjual sebanyak RM 30 kepada peminat setia Hobin Jang Hobin.

Baki sebanyak 5,000 tiket lagi akan dijual di Stadium Shah Alam esok. — Utusan Malaysia

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

5 Responses to Tiket Final RM50 untuk baik pulih padang

  1. anok ganu(anti FAM)

    jangan beban kan penyokong dengan tiket mahal.kalau nak repair padang,minta je ngan PM.PM kan banyak duit.segala perutukan ada dengan PM.PM kan bapa segala perutukan.rakyat di dahulukan,pencapaian tak masuk akal.FAM jangan lah nak pau duit penyokong je dlm diam2.dah lah alasan tak munasabah.alasan FAM tu macam untuk budak umur 7 tahun je.nanti kan komen lebih2 kena denda plak.aku dah lah tak berduit.tiket rm50 pun aku tak mampu beli.kalau boleh bubar je FAM dari orang atasan sampai ke bawah.

  2. Alasan2 bangang oleh org2 bangang dalam FAM!!!

  3. cilakak punye FAM, FA negeri mane setuju tiket naik sampai rm50, dasar lidah bercabang…

  4. Knapekh kos utk baik pulih stadium harus Shah Alam harus dibebankn kpd penyokong2 Tganu n N9? Kjaan Selangor dh xde duit ke?Klau mcm tu tahun depan pilih je mane2 stadium yg rosak utk dijadikn venue Final Piala Msia so bleh caj tiket mahal2 dgn alasan utk kos baiki stadium..contohnye Stadium kat Tganu yg bumbungnye runtuh.

  5. tak payah nak menipu la FAM.. bangang ke.. ingat fan bola msia nih bodoh cam korang kew.. duit sumer nak masuk poket sendiri jer .. jgn byk alasan la.. macam nih la FAM nak majukan sukan bolasepak kat msia nih.. mmg korang nih persatuan sampah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>