Piala Malaysia 2011: PKNS FC vs Negeri Sembilan LIVE TV1
SAINGAN Piala Malaysia 2011 akan membuka tirainya pada 6 September ini.
Menariknya beberapa perlawanan terpilih akan disiarkan secara langsung (live) sama ada menerusi saluran berbayar, Astro Arena atau menerusi saluran percuma di RTM menerusi saluran TV1.
Pada Selasa (6 September) Astro akan menyiarkan secara langsung perlawanan membabitkan T-Team menentang juara Piala Malaysia 32 kali, Selangor (Kumpulan D) dari Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
Satu lagi aksi, Sime Darby lawan Terengganu pula akan disiar secara tertunda pada jam 10.30 malam yang sama (Kumpulan B).
Sementara itu TV1 akan menyiarkan secara langsung perlawanan PKNS FC lawan Negeri Sembilan yang berlansung di Stadium MBPJ Kelana Jaya.
Info Siaran Langsung dan Tertunda:
- T-Team vs Selangor (LIVE Astro Arena, 8.00 mlm)
- PKNS FC vs Negeri Sembilan (LIVE TV1, 8.30m mlm)
- Sime Darby vs Terengganu (Siaran Tertunda Astro Arena, 10.30 mlm)
September 6, 2011 - 1:54 pm
patut astro bukak channel lagi utk game bola, utk semua game, at least ade siaran tertunda… bayar dah mahal ni…
September 6, 2011 - 2:07 pm
wajib tengok ni…n9 ..team adik lawan team abg.
September 7, 2011 - 6:56 pm
cri sndsri la bare percuma