Indra Putra diugut bunuh


STATUS Facebook berunsur ugutan dan kutukan terus kepada Indra dan pengadil perlawanan.

“Korang (anda) semua ada tak lubang-lubang kongsi gelap yang ada pembunuh upahan. Aku nak upah bunuh ref (pengadil) dengan Indra Putra (Mahayuddin, penyerang pasukan bola sepak Kelantan).

“Kalau dapat cacatkan dia pun ok. Harga aku bagi double (dua kali ganda).” Demikian coretan berunsur ugutan diposkan seorang lelaki dipercayai penyokong pasukan Johor Darul Takzim (JDT) melalui laman sosial Facebook (FB).

Ugutan bunuh itu terpapar dalam laman FB milik lelaki terbabit selepas perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, Sabtu lalu yang menyaksikan pasukan The Red Warriors (TRW) membenam JDT 6-1.

Lelaki yang menggunakan nama Boy Nazrie itu membuat kenyataan kononnya mahu mengupah kongsi gelap yang mempunyai pembunuh upahan untuk membunuh pengadil perlawanan malam berkenaan serta Indra Putra.

Difahamkan, lelaki itu tidak puas hati dengan tindakan Indra Putra yang didakwa mengasari penyerang JDT Norshahrul Idlan Talaha sehingga menyebabkan hidung pemain kebangsaan itu berdarah dan diberikan rawatan.

- Metro

Related Posts

11 Responses to Indra Putra diugut bunuh

  1. KAFA segera buat lapuran polis keatas pemilik FB boy nazrie yg pondan siam. dah kalah tu buat cara kalah. watper nak salah org tu org ni. dah jdt tak kuat nak wat camner. bodoh nak mampus punya boy nazrie.

  2. takde kerja, cari pasal la plak.

  3. wahai boy nazrie aku ada kenal satu skuad pembunuh yang ambik upah ni. tapi tak taula kau minat ke tak. dia siap ada bukak syarikat lagi nama syarikat dia berjaya pest control. aku pernah guna khidmat diaorang ni. setakat ni aku puas hati la sebab sebelum ni rumah aku ada banyak anai anai. datang je diaorang ni habis anai anai rumah aku dia bunuh. sampai sekarang sekor anai anai pun takde kat umah aku.

  4. Anak johor di perantauan

    benda mcm ni jgn layan lah, nanti tak pasal2 masuk jel sbb ugut bunuh orang,

  5. Boy Nazrie?? mcm nama jambu aje…

  6. Boy Nazrie nak bunuh ref n indra

    Kita minta FAM pun buat lapuran polis. Perkara ugut2 bunuh ni tak boleh jadi budaya. Kalau ugut KPN pun salah, ugut ref and player pun lagi salah sb dia nak bayar double. Kita nak tengok rupa samseng boy nazrie ni lagu mana…ada mcm samseng kpg dusun ke, Rambo bentung ke atau mcm mr. bean aje….

  7. dengar cerita JDT nak beli semua pemain TRW dengan Hodak sekali…

  8. Jangan salah guna media sosial, tersalah taip padah akibatnya…hari ni kita marah..esok2 dah menyesal dah tak berguna. Fikir guna otak bukan perasan.

  9. Jantan Dayus Tersohor_(JDT)

    Helo…Boy yang tiada telur…..Kalau berani sendiri bikinlah…..ini namanya pengecut/dayus main—-upah2 pula!!!!

  10. Boy nazrie tu tak pueh hati sbb team dia kena bedal parok… Tu yg meroyan sakan. Tp bunuh2 ni bukan mainan. Elok, polis reman je dia. Blm kena soal siasat, entah2 mamat ni terkencing terberak dlm seluar… Huh, hancing dan busuk 1 balai

  11. setiap org ada wat silap…hari ini atau esok, kita wat silap, mungkin kita pula akan minta maaf dan mengharapkan kemaafan. Si Nazrie ni pn dh mtk maaf dah pun…Apapun fikir dulu dalam setiap tindakan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>