Piala Malaysia 2011: Kumpulan B
- TERENGGANU
SKUAD Penyu, mula bergelar juara pada tahun 2001 selepas berjaya menundukkan Perak 2-1 dalam edisi ke-25 Piala Malaysia.
Berdasarkan kejayaan Terengganu dalam Piala FA dan juga naib juara Liga Super, pasukan di bawah kelolaan Irfan Bakti menyasarkan untuk membawa pulang Piala Malaysia tahun ini.
Tahun lalu, Terengganu tersekat di suku akhir selepas tewas kepada Kedah.
- NEGERI SEMBILAN
SKUAD Jang terlepas gelaran trofi kejuaraan Piala Malaysia ketiga apabila kebangkitan dramatik Kelantan pada babak kedua menyebabkan mereka berpuas hati muncul naib juara musim lalu.
Malah, pencapaian menghuni tangga kelapan saingan liga domestik juga bukanlah sesuatu boleh dibanggakan anak didik Azraai Khor Abdullah.
Dibarisi pemain berpengalaman dan adunan pemain muda bakal mencetuskan fenomena baru kerana saingan Piala Malaysia bermula September depan berbeza dengan Liga Super yang tamat Julai lalu.
- PKNS FC
PIALA Malaysia 2010 menyaksikan pasukan PKNS sekadar berada di tangga ketiga Kumpulan A bersama dengan Negeri Sembilan dan Kelantan yang berjaya ke pusingan seterusnya.
Skuad Semut Api yang sebelum ini menjulang trofi Piala FAM pada 1979 dan 2003 itu kini berjaya menjadi juara Liga Perdana dengan hanya mencatat satu sahaja kekalahan sepanjang 22 perlawanan.
PKNS dilihat bakal menjadi antara pasukan yang menonjol dalam kempen Piala Malaysia, kali ini.
- SIME DARBY
SIME Darby layak beraksi buat kali pertama di Piala Malaysia selepas berjaya menyingkirkan Pahang (Agregat 6-0) di pusingan playoff.
Dalam kempen Liga Perdana, Sime Darby menamatkan saingan di tangga kelima.
Sime Darby merupakan juara Liga FAM sebelum beraksi di Liga Perdana musim lalu.
Luahan Perasaan