Sarawak bergaya ke separuh akhir

Sarawak vs Sime Darby 3-1 Piala Malaysia 2013Juara Liga Perdana Sarawak menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri dengan sepenuhnya untuk menewaskan Sime Darby FC 3-1 sekali gus mara ke separuh akhir Piala Malaysia di Stadium Negeri, Kuching malam tadi.

Pemain import dari Bosnia, Muamer Salibasic, meledak jaringan hatrik bagi membantu Sarawak yang bangkit daripada ketinggalan apabila Sime Darby terlebih dahulu memimpin perlawanan melalui jaringan Mohd. Asrol Ibrahim pada minit ke-3.

Di awal perlawanan Sarawak tersentak seketika apabila Sime Darby FC membuka tirai jaringan seawal minit ketiga menerusi Mohd Yusof Zainal Abidin.

Namun, Sarawak mula mengatur strategi dan melancarkan serangan sebelum pemain import Muamer Salibasic muncul wira skuad ‘Ngap Sayot’ dengan jaringan hatrik masing-masing pada minit ke-27, 55 dan 85.

Salibasic mendapatkan jaringan penyamaan pada minit ke-27 dan meletakkan Sarawak di hadapan buat kali pertama pada minit ke-55 berpunca daripada situasi sepakan percuma.

Salibasic akhirnya memastikan tiket separuh akhir menjadi milik Sarawak apabila lima minit sebelum permainan tamat, hasil gerakan dengan Booby Gonzales, dia merakamkan jaringan hatrik dengan penuh bergaya sekali gus membuatkan kira-kira 30,000 penonton setia Bujang Senang pulang dengan gembira.

Related Posts

One Response to Sarawak bergaya ke separuh akhir

  1. Sarawak bangkit dari zaman cemerlang kepada zaman gemilang. Sarawak mampu ke final. Agi idup agi ngelaban.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>