Pertemuan ibarat final Piala Malaysia
“IA boleh diibaratkan seperti final pertama Piala Malaysia 2011.”
Demikian rumusan jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim menjelang pertemuan dengan Kelantan pada suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu malam esok.
Katanya, pertemuan antara dua negeri jiran itu sentiasa dinantikan penyokong kedua-dua pasukan kerana perlawanan antara juara Liga Super dan Piala FA 2011 itu pasti menyajikan persembahan yang menarik.
“Dua pasukan pilihan (Terengganu dan Kelantan) sudah ditakdirkan bertemu pada suku akhir walaupun rata-rata peminat bola sepak tempatan mahu menyaksikan pertembungan kami pada final nanti.
“Ini kerana kedua-dua pasukan ini merupakan antara pasukan elit dalam liga tempatan ketika ini dan saya pasti perlawanan menentang Kelantan bukan satu tugasan yang mudah,” katanya.
Irfan juga tidak mahu barisan pemainnya leka dan mendabik dada ekoran kejayaan menumpaskan Kelantan pada final Piala FA musim lalu dan mereka perlu memberikan perhatian penuh apabila melayani pasukan The Red Warriors itu nanti.
Matlamat utama Terengganu adalah untuk memburu bekalan selesa sebelum bertandang ke Stadium Stadium Sultan Mohamed IV pada 14 Oktober ini.
“Bagi saya, kejayaan menjuarai Piala FA sudah berlalu dan apa yang penting, kami perlu fokus untuk menghadapi cabaran daam Piala Malaysia. Kami perlu bekerja lebih keras untuk meraih kemenangan.
“Sejarah mungkin mengajar kami untuk terus mempamerkan aksi cemerlang tapi kegigihan adalah kunci utama untuk kami memburu kejayaan (apabila bertemu Kelantan nanti).
Irfan memberitahu, beliau berharap sokongan padu penyokong yang bakal memenuhi stadium pada malam esok menjadi pembakar semangat kepada pemain untuk beraksi dengan lebih cemerlang.
“Saya mengucapkan penghargaan kepada penyokong-penyokong Terengganu yang sentiasa memberikan semangat kepada kami untuk tampil dengan aksi cemerlang,” katanya. — Kosmo
October 9, 2011 - 10:38 am
tranu kaloh…………
October 9, 2011 - 8:34 pm
rse2…klntan kne 4-0…..peteh ganu peteh…
October 10, 2011 - 5:55 am
klate katok tranu 5-0 male kak re
Gomo
Klate
Gomo
October 11, 2011 - 5:59 pm
boooooooooooooooo…….
October 10, 2011 - 10:36 am
molek……….
October 10, 2011 - 5:59 pm
kawe sokong klate 100%
tp ganu kuat bedooh.
kaloh sek kito male ni.
kurey2 2-0
October 10, 2011 - 7:28 pm
kaloh atau mene kawe tetap sokong kelate.
tetap dihatiku
October 10, 2011 - 8:09 pm
saye peminat tranu, dan trngganu pasti bertemu kami di final……….
October 10, 2011 - 8:10 pm
daudsu pasti jaring gol lagi….. untuk terengganu
December 31, 2011 - 4:51 pm
ganu bolok tok pandai main bola
boooooowwww…..