Rusa tak gentar Singa Utara

Negeri Sembilan sedia pertahan kejuaraan Piala Malaysia.SELEPAS mengesahkan tempat ke suku akhir, pemain Negeri Sembilan digesa terus menggandakan usaha bagi memastikan perjalanan pasukan untuk ke kemuncak saingan Piala Malaysia musim ini, tidak tersekat.

Sehubungan itu, jurulatih Wan Jamak Wan Hassan, mengingatkan pemain supaya bersedia daripada fizikal dan mental bagi perlawanan suku akhir pertama menentang Perlis, di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam esok.

Menurutnya, selain perlu memastikan kemenangan, Negeri Sembilan juga perlu memanfaatkan kelebihan gelanggang sendiri dengan mendapatkan modal jaringan besar sebelum perhitungan di gelanggang lawan.

Bekas pengendali kebangsaan itu juga mahu penyerang, Norizam Salaman dan L Ragesh meningkatkan ketajaman untuk membantu kemenangan kerana setakat ini, gol Negeri Sembilan banyak disumbangkan pemain tengah dan pertahanan.

“Saingan suku akhir lebih sukar kerana lawan pasti mempelbagaikan strategi untuk mencapai kemenangan,” katanya yang mengakui tidak akan melakukan banyak perubahan pemain kerana masalah kecederaan beberapa tonggak.

Namun Wan Jamak yakin, kejayaan membenam PKNS 3-1 malam kelmarin, menyuntik semangat dan keazaman baru dalam pasukan itu untuk menghadapi Perlis sebelum bertandang ke Kangar nanti.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>