PENGENDALI Kuala Lumpur, Mohd Razip Ismail menghamburkan pujian terhadap anak buahnya selepas meraih kejayaan luar dugaan apabila menang 3-0 ke atas Polis dalam saingan Kumpulan D Piala Malaysia, di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, malam kelmarin.
Baginya, kemenangan itu suatu permulaan yang baik dan bakal memberi impak positif terhadap kekuatan pasukan terutama dalam menyuntik semangat dan keyakinan pemain untuk berdepan tugas lebih mencabar selepas ini.
“Saya tidak sangka kami mampu mencapai kemenangan yang boleh dianggap besar malam ini (kelmarin), lebih-lebih lagi beraksi di gelanggang lawan. Ini suatu perkembangan yang baik dan pujian harus diberikan kepada pemain yang menunjukkan persembahan cemerlang.
“Walaupun pada sebahagian babak pertama dilihat masih mencari rentak, kami tampil lebih garang selepas rehat sehingga mampu mencatat keputusan selesa dengan tiga gol,” katanya selepas perlawanan kelmarin.
Kuala Lumpur membuka tirai jaringan menerusi gol sendiri Mohd Azrul Azman yang tertampan bola sepakan Mohd Farid Ramli pada minit ke-44, diikuti sepakan penalti Mohd Badrul Hisyam Azmi (66) dan Yong Koang Yong (76).
Walaupun lega dengan kemenangan itu, Mohd Razip pantas mengingatkan pemain skuad berkenaan supaya tidak cepat leka kerana cabaran menentang T-Team, Sabtu ini, dijangka lebih mencabar.
Related posts
- Video Gol Malaysia vs Chelsea
- Video: Perlis 1-5 Kelantan
- Kalah teruk, K Devan hilang suara
- Video: Terengganu 1-0 Sime Darby [Piala Malaysia 2011]
- Video: Terengganu 2-0 Pahang Piala FA
- Video: Kelantan 2-0 Kuala Lumpur
- Video: Kelantan 4-0 Perlis
- Video: Barcelona 5-1 Shakhtar Donetsk
- Video: Terengganu 3-1 Perak Piala FA
- Video: Johor FC 0-2 Felda United [Piala Malaysia 2011]