Kelantan kecundang di Terengganu


Terengganu 2-0 Kelantan | Daudsu Jamaluddin Red Card

TERENGGANU memulakan kempen Piala Malaysia 2012 dengan langkah kanan selepas mengalahkan Kelantan 2-0 yang mengakhiri permainan dengan 10 pemain.

Sang Penyu berada di depan menerusi tandukan Francis Forkey Doe seawal minit ketiga, namun terpaksa menunggu lama untuk mengesahkan kemenangan mereka apabila Ismail Faruqi menjaringkan gol pada minit ke-89 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Terengganu menguasai bahagian tengah tatkala Kelantan masih mencari rentak permainan mereka. Ternyata situasi itu memakan diri dengan dikejutkan gol awal tuan rumah.

Francis Forkey Doe melonjak tinggi untuk menanduk masuk sepakan percuma ke penjuru gol pada minit ketiga untuk melepasi halangan Khairul Fahmi Che Mat buat menceriakan peminat tuan rumah.

Bojan Hodak mengarahkan pemainnya bertindak agresif sehingga mengubah Kelantan penguasaan permainan. Pertahanan kedua pasukan kemudian mengekang pergerakan lawan dengan baik.

Kelantan memiliki peluang yang baik di depan gol, tetapi pemburuan gol persamaan yang ditunggu masih belum tiba.

Red Warriors begitu hampir untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-53, tetapi Norshahrul Idlan Talaha gagal memanfaatkan peluang terbuka.

Pelawat terus memberi tekanan memburu gol dan melancarkan asakan ke kubu Terengganu. Sharbinee Alawee Ramli ternyata kental untuk menahan asakan dengan menidakkan beberapa peluang pemain lawan.

Pertahanan Terengganu, Mohd Muslim Mohamad kemudian dilayangkan kad kuning, tetapi Red Warriors mendapat hukuman lebih berat dengan kehilangan Mohd Daudsu Jamaluddin yang mengutip kad kuning kedua akibat mengasari Joseph Kalang Tie.

Francis hampir menggandakan jaringannya dengan kelincahannya, tetapi kali ini penyudahnya kurang tajam meskipun pintu gol sudah terbuka luas.

S Subramaniam menjadi pemain seterusnya mengutip kad kuning pada minit ke-79 dengan Kelantan mula mengendurkan asakan.

Tempo permainan menjadi rancak semula pada lima minit terakhir dengan Kelantan masih belum berputus asa untuk mencuri satu mata tatkala Terengganu terus garang sehingga mendapat gol kedua melalui sepakan Ismail Faruqi.

Pemain Terengganu tenang untuk menunggu wisel penamat walaupun Kelantan tetap berusaha di saat-saat akhir.

Related Posts

22 Responses to Kelantan kecundang di Terengganu

  1. mujur 2-0. kalu tak kerana forkey doe yg melakukan kesilapn yg teramatla bodoh dpn pintu gol klate, tntu klate bolos sekurang2nya 4 butir. daud pula main penuh emosional. xpasal2 kena kad merah. strategi bojan jg xleh pakai langsung. mcm biasa, lmbt bertindak ganti pemain yg xperform di padang

    • Bojan memang bodoh. Kito menang game lepas lepas banyak pada nasib bukanbojan bagus. Game paling tolol semalam. Rasa malas nok tengok doh. Rada rasa dgn kedah pun boleh kalah niii

      • BOJAN BODOH, TAPI KAU XBODOH KE DOK KOMEN JAH, PANDAI KO DEMO MAIN BOLA?????

      • herm, kalau bojan bodoh dari segi taktikal, knp kelate leh dpt dua cup dan still in AFC. Takkan jadi juara liga super sebab nasib semata2. Demo stakat tgk di tv toksoh kecek banyok la. acu try jadi coach ngan player skali. tgk lagu mana pandainyo demo..

        • apa ni bodoh2 kn org. setakat komen2 okla, jgn ckp org ni org tu bodoh. bojan dan pemain dibayar gaji yg aku percaya cukup lumayan yg disumbangkn juga oleh kutipan tiket oleh peminat. sokongn peminat jg la yg naikkn rating astro arena dan tambahkn penaja2 trw

  2. biasa saje.. takde apa sgt hebatnya atau lainnya.corak ganu still mcm biasa mencuba nasib lambung bola… ADA DOE ADA GOL…
    kad merah ko kuning itupun hak pengadil..nasib le,, kalau dia adil okey.tak pun apa boleh buat… hi., BOJAN DAH TERBAIK,,… cuma takde nasib utk kelate..apa tahniah ganu kite.. byk lg perlawanan hrpnya ada nasib saje.. main nampok bijak tapi rezeki takde… GKG>> .. sampai abis…

    • Musang siguntang

      Nak harap nasib jer baik main guli lah woi. Dah kalah tu kalah jer lah.

    • klate pun biasa saje.. takde apa sgt hebatnya atau lain. corak klatang still mcm biasa mencuba nasib lambungan bola… XDE GHADDAR XDE GOL…
      kad merah kuning tu pun hak pengadil..nasib le,, kalau dia adil okey.tak pun apa boleh buat.. hi.,

      pahcerok duk cakap agah, mu cakap la agah ag, kene ngn ATM ngn kedoh kekgi tubik awal r..

      • klate hrp ke ghaddar. ganu hrp ke francis doe. kenapa kemasukn pemain import buatkn prestasi pemain tmptn merudum, walhal tujuan utama nk naikkn mutu pemain tmptn?

      • Fan Ganung Por Juborrr..

        Hohh..xambik Ganung keno doh ko ATM, buar lar benarr..amik raso lar male ning bgetar Ganu keno bedil ko ATM..

      • kenoooooooo dohhhh. sek kepok letang kenerr kow kedoh

      • Dok napok onghe kecek agah…pah 2 demo dok kecek agah ko??? Kalah first game x mencerminkan keputusan game keseluruhannya!!!! Hahaha… tengok sapo yang keno ngn ATM & Kedah???? Sendiri mau ingat le bro!!!!

      • adussss…..ni la ore kato, ludoh ke langit, keno bate idung sediri…sapo lor ni hk tubik awal?

  3. Musang siguntang

    Abis tu Kelantan kalah dengan Ganu, lagi lah tak hebat mana pun. Ye dak…haha

  4. baru first game perut penuh tupak tape lagi saba

    • sabar2 jg. tp masalah serangan yg tumpul serta pemain gantian yg sekadar penuhkn “kuota” dh berlaku sejak liga super lg..

  5. Apala admin ni buat brita mcm klakar je susunan ayat. Lg 1 joseph kalang yg dpt kad kuning sbb dia yg langgr daudsu(walapun situasi tu nmpl terjatuh)

  6. Defensive midfielder klate patutla hebat2 sebelum ni,rupa2nya sbb suka tarik baju player lain

  7. Apo pn tahniah la teganu mene 2 butir. Toksoh duk bekekoh la…bola jah eh! Klate meme nsib baik keno 2 gol jah..kalu tgk ko pelue hok sdp kno 4 gol male tu..tp nsb baik natey Puki Dol bodo pah katah blake..haha!

  8. natang ngoh,guaner dok kutuk2 klatang nih ? Ganung pun kena bedil ko ATM he he he….mlm ni kita tgk lak ATM leh bedil ko dok klatang

  9. apek..beringat tu..lama reboh jatuh pitam hugok kan… hahahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>