Negeri Sembilan, Felda United berpesta gol

AKSI perlawanan kedua saingan Piala Malaysia 2012 bagi Kumpulan C menyaksikan 10 gol terhasil selepas Negeri Sembilan menewaskan Sime Darby 4-0 manakala Felda United mengejutkan tuan rumah, Perak 4-2 di Ipoh.

Negeri Sembilan berpesta gol dengan kemenangan 4-0 ke atas Sime Darby FC hasil jaringan hatrik oleh penjaring terbanyak Liga Super 2012, Jean Effa Owona dan juga oleh pemain pinjaman dari PDRM, Khairul Izuan.

Skuad Jang yang hanya mengutip satu mata pada perlawanan dengan Felda United Rabu lepas kini menduduki tempat teratas Kumpulan C dengan kutipan 4 mata.

Bersama-sama Negeri Sembilan dengan 4 mata dalam Kumpulan C adalah Felda United yang berjaya menewaskan Perak 4-2 di Ipoh.

Mickael Courier, Ahmad Fakri, Mohd Raimi dan jaringan gol sendiri oleh pemain Perak, Nasir Fasiron memberikan tiga mata kepada Felda United sementara Nazri Kamal menjaringkan dua gol untuk Perak pada masa kecederaan.

Related Posts

2 Responses to Negeri Sembilan, Felda United berpesta gol

  1. Tahniah kepada pasukan yang menang. Yang kalah cuba lagi…….
    Peteh Ganu Peteh……Peteh sampai pengsan…….
    Kih…kih…kih…..

  2. tahniag n9…teruskan kemenangan pertahankan kejuaraan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>