Juara Treble: Kelantan mahu buktikan bukan mimpi kosong
Kelantan vs Selangor [1-0] Piala Malaysia 2012
KELANTAN tidak bermimpi untuk menjadi pasukan seterusnya selepas Kedah dan Selangor menjulang tiga kejuaraan semusim.
Sebelum ini, ketua jurulatih Selangor, Irfan Bakti melaungkan amaran betapa pasukan mereka pasti memberikan cabaran sengit untuk menghalang hajat Kelantan mara ke pentas akhir.
Irfan juga menyatakan Kelantan hanya bermimpi di siang hari jika hendak mengatasi Gergasi Merah di Shah Alam pada pertemuan kedua (separuh akhir) nanti.
Namun menurut Bojan Hodak, The Red Warriors berada dalam landasan tepat untuk muncul pemenang ke atas Selangor dalam saingan separuh akhir Piala Malaysia.
Beliau juga menaruh sepenuh kepercayaan kepada semua anak didiknya untuk merealisasikan impian besar Sang Kijang tersebut.
Pada pertemuan pertama di Kota Bharu beberapa hari lepas, Kelantan menang tipis 1-0 keatas Selangor hasil jaringan Norfarhan Mohamad. -RedsfcNews-
redsfcnewss.blogspot.com
Kelantan menghampiri final Piala Malaysia 2012
KEMENANGAN 1-0 Kelantan ke atas Selangor pada aksi separuh akhir pertama kempen Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammed IV kelmarin mencerahkan peluang mereka untuk melangkah ke pentas akhir musim ini.
Pengurus The Red Warriors, Azman Ibrahim berkata, beliau belum mahu mendabik dada dengan keputusan tersebut, sebaliknya mahu pemainnya memberikan tumpuan sepenuhnya kepada perlawanan kedua di Shah Alam nanti.
“Keputusan ini belum selamat buat kita kerana perlawanan masih berbaki 90 minit untuk diharungi. Bagaimanapun, saya gembira kerana kita tidak melepaskan gol pada perlawanan ini.
“Kita akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan Kelantan mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia musim ini,” katanya ketika ditemui sejurus tamat perlawanan kelmarin.
Pada perlawanan tersebut, The Red Warriors yang beraksi di hadapan 25,000 penyokong setia terpaksa menunggu sehingga minit ke-62 untuk memperoleh jaringan tunggalnya menerusi Nor Farhan Mohamad.
Ketika ditanya mengenai ketua pasukannya, Mohd. Badri Radzi yang tidak diturunkan dalam perlawanan tersebut, Azman memberitahu pemain itu terpaksa diketepikan akibat kecederaan.
“Insya-Allah Badri akan kembali beraksi dalam perlawanan kedua di Shah Alam nanti.
“Kehadirannya dijangka akan memantapkan lagi jentera tengah skuad Kelantan,” tegasnya.
Sementara itu, penjaring gol kemenangan Kelantan dalam perlawanan itu Nor Farhan memberitahu, jaringan tersebut menjadi pembakar semangat buat pasukannya untuk mengharungi perlawanan kedua nanti.
“Bekalan satu gol menjadi pembakar untuk dibawa ke Shah Alam.
“Kami akan memberikan yang terbaik untuk memastikan laluan kita ke perlawanan akhir terjamin.
“Gol yang saya jaringkan malam ini (kelmarin) adalah hasil kerjasama rakan-rakan sepasukan yang banyak memberikan sokongan.
“Kejayaan ini menguatkan lagi semangat saya untuk menjulang Kelantan menjadi juara musim ini,” katanya. — Kosmo
October 8, 2012 - 10:48 pm
GKG
October 9, 2012 - 12:18 pm
farhan sepatutnya terpilih mewakili kebangsaan, coach dah terlepas pandang
October 9, 2012 - 2:09 pm
bukan coach terlepas pndg..tp buat2 xnampak..player Liga perdana jgk yg di pndg..
October 9, 2012 - 2:52 pm
tu lah tak pernah di buat coach negara lain ambik player lower division main national team bukan 1 tapi 5 player pelik sungguh
October 14, 2012 - 8:17 pm
mslhnya dah asal playr yg main kt ATM tu mang rmai player2 kbgsaan….xkn la sbb diorg pndh main klb liga bwh trs xdpt pggil main ntional team kot….adoiiiii
October 16, 2012 - 9:15 pm
ko jgn byk bnyi plak kalo apek btl2 pndah team jhor pastu dpt gak main wkil malaysia….ko cek sndri johor main liga apa….
October 10, 2012 - 10:54 am
Ayuh!!! Buktikan yg TRW bkn ckp kosong, bukan angn2 mat jenin…….. Insyaallah kejayaan mnjadi milik kita!!!!
October 11, 2012 - 12:57 pm
Go!! Go!! GOL!! TRW… Kejayaan Milik TRW & bukan bermimpi di siang hari JOM Penuhi Stadium Shah Alam jadikan majoriti Penyokong Trw dr Red Giant
October 14, 2012 - 6:33 am
AGAK2 LA DER…KT KB korg bleh buat kuota 99% seat utk fans2 korg…so kt stadium S.ALAM pn xslh kalo ktorg pn nak buat kuota mcm korg buat kt stadium KB…mang slap la nak jd majoriti kt sni..tnh korg kat klntn tu dah xckup ke???? S.ALAM ni tnh tumpah darh org2 slgor..set2 mu dtg juz nk brmusafir ckupla…jgn nak demand2 plak..pastu buat mcm2 onar…
peace
October 13, 2012 - 8:43 am
…..cakap besar…….kunyah gula-gula getah…..bila kalah, lari……penakut!