Mat Zan kembali latih Terengganu
- Mat Zan Mat Aris ganti Irfan Bakti Jurulatih Terengganu
IBARAT sireh pulang ke gagang, bekas jurulatih Terengganu, Mat Zan Mat Aris sekali lagi bakal kembali membimbing skuad Pantai Timur itu bagi kempen Liga Malaysia (Liga M) musim depan.
Perkara itu disahkan sendiri Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh dalam satu sidang media khas di pejabat PBSNT petang semalam.
Pengumuman itu juga dibuat ekoran ke- putusan Irfan Bakti yang meninggalkan Terengganu selepas enggan menyambung kontrak dua tahun yang diberikan persa- tuan.
“Dia (Irfan) ada berjumpa kami pagi tadi (semalam) dan dia membuat keputusan muktamad untuk tidak menyambung kontrak baharu bersama pasukan.
“Keputusan itu memang mengejutkan kerana tawaran kontrak telah diberikan kepadanya sejak dua bulan.
Bagaimanapun, pihak persatuan tetap menghormati keputusannya dan berterima kasih dengan jasa yang telah diberikan, termasuk membawa kegemilangan kepada pasukan Terengganu,” kata Che Mat semalam.
Ditanya apakah punca di sebalik keputu- san mengejut itu, Che Mat menjelaskan, Irfan ada memberitahunya mengenai tawaran yang diterima dari Selangor.
“Kami telah bersetuju dengan semua permintaannya tetapi dia kata keputusan itu muktamad. Dia juga kata ada menerima tawaran daripada Selangor,” jelasnya.
Justeru kata Che Mat, tempat Irfan dalam pasukan Terengganu bakal diisi be- kas jurulatih, Mat Zan dalam masa terdekat.
Jelasnya, pemilihan Mat Zan dibuat berdasarkan pengalamannya membimbing pasukan Terengganu termasuk membantu pasukan itu menjuarai Piala Malaysia pada edisi 2001.
“Saya juga telah berbincang dengan pemain termasuk kapten pasukan, Marzuki Yusof yang pernah bermain di bawah Mat Zan dan mereka tidak mempunyai masa- lah untuk kembali bekerjasama.
“Dalam sehari dua ini, beliau (Mat Zan) akan datang ke sini (Terengganu) untuk berbincang lanjut mengenai tawaran ini,” jelasnya.
Selain Terengganu, Mat Zan, 53, juga pernah membimbing pasukan Kuala Lumpur, Telekom Melaka, KL Plus dan terbaharu, Pos Malaysia.
Luahan Perasaan