Final Piala Malaysia 2012: Kelantan cuti peristiwa 21 Oktober
Kelantan akan bertemu ATM di Final Piala Malaysia 2012
KELANTAN mengisytiharkan 21 Oktober ini (Ahad) cuti peristiwa sempena perlawanan akhir (final) bola sepak Piala Malaysia 2012 antara pasukan negeri itu dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 20 Oktober di Stadium Shah Alam.
Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan & NGO Negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood (gambar) pada sidang media di Kediaman Rasmi Menteri Besar, JKR 10 di sini, sebentar tadi.
“Tok Guru (Nik Abdul Aziz Nik Mat) berharap orang ramai yang ingin ke Shah Alam menyaksikan perlawanan akhir ini dapat berada dalam keadaan selesa pergi dan balik dan sentiasa mematuhi aturan jalanraya agar tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini,” ujar beliau.
Beliau juga berharap rakyat Kelantan menjaga disiplin ketika menyaksikan perlawanan akhir tersebut agar imej negeri Kelantan dilihat sebagai sebuah negeri yang berdisiplin.
Abdul Fattah juga berkata cuti peristiwa ini adalah kali kedua dalam tahun ini selepas Kelantan berjaya memasuki akhir Piala FA yang bertemu dengan Sime Darby pada 20 Mei lalu.
Bagi kali ini pula, Abdul Fattah berkata langkah mengumumkan cuti peristiwa lebih awal kerana ia mengambil kira juga musim peperiksaan di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK) dan Jabatan Pelajaran Negeri.
Menyentuh ganjaran yang kerajaan sediakan untuk The Red Warriors kali ini, Fattah berkata ia sudah ada dalam perancangan kerajaan negeri namun dari segi jumlah tidak dapat diberitahu lagi. — Harakahdaily
October 14, 2012 - 2:55 pm
Alhamdulillah.. sama2 kito sokong TRW utk mdpt treble..
Selamanya TRW…
October 14, 2012 - 3:13 pm
jago2, pengadil mungkin akn berat sblah utk menangkan ATM, mace lwn singo male tuh. kawe skong malaysia jugok tp malu la memang gituh…
October 14, 2012 - 3:26 pm
terpikir jgk.. dkt 7 minit masa kecederaan, ado something wrong ke male tuh?? dah la maso bui 5 minit, dio tamboh lg dekat 2 minit pahtuh..
October 14, 2012 - 4:02 pm
jange jadi gitu la dgn kelate deh ATM…
October 14, 2012 - 9:50 pm
Pada perhatian saya memang logik juga pengadil buat lebihkankan sikit,, memandang ramai sgt pemain lion asyik jatuh ..tambahan 4 minit .. buat sakit dan mcm2 lakonan.. bila dah rezeki ATM tuhan bagi umpama balasan segera melengah2kan permainan dan menyakitkan hati pihak lawan…harap kelate kito utamakan semangat kesukanan, bagilah lawan mengunakan masa untuk mencuba.pasal rezeki tuhan yang bagi.. ..gkg.. kalah mene dah adatnya…
October 15, 2012 - 9:49 pm
Kawe setuju…
October 15, 2012 - 6:59 am
Abe budu
Demo nok tau Bakpo ?
Kalu tak sir bui spore masuk final tak payah la jemput awal awal
Masuk main liga ni.
Buat malu…
Kalu spore masuk final berapa kerat yah org spore mari tengok…
Tak masyukkkk abe …ticket tak habis
ATM masuk final Rama la juga penyokong pah tu penyokong sel pun Akan join ATM
Masyukkkkk kutipan ticket ….President FAM pulak Ada ke bui sumbangan peribadi keATM RM 50 ribu…
FAM ..oooo FAM
Hanguk. Pok ko hanguk
Hanguk Pok Ko hanguk
October 15, 2012 - 9:26 am
kalu ATM masuk pun berapo ekor jah gi tengok harapkan tiket free wi ko budok PLKN jah
October 15, 2012 - 9:26 am
tak perlu pyokong selangor utk sokong ATM supaya stadium penuh..
stadium bukit jalil buleh penuh dgn pyokong kelate la..
ni kan pulok stadium shah alam..haish…
October 15, 2012 - 9:13 pm
Kawe tau la set set Selangor Akan sokong
ATM
Kawe kena Gewe Aidil ATM tu
Gewe Aidil tu Kakak dio Nikoh dgn bekas pemain klate n Malaysia
Insyallah Nok Nikoh doh Tok lama lagi
Bye bye Rita rudani
Aidil royak doh Selangor supporter Akan support ATM
October 14, 2012 - 4:16 pm
sama 1malaysia mesti jujur punye ATM tuh..
October 14, 2012 - 4:21 pm
Nampak lagu tu la…tapi logik ada jugak sebab banyak sangat berhentinya. Selangor vs kelate pun tambah 4 minit - lama jugak tu. Tapi rasanya pengadil malam tu orait…walaupun kad kuning gaddar & farhan tu questionable. Apa2 pun harap referi yg terbaik lah malam final nanti. Harap2 permainan lagi dasyat dari semi. btw, mana pergi chanturu?
October 14, 2012 - 5:21 pm
malam kel vs selangor, masa tambahan 4 min, ref tiup wisel 4m 38 saat, ok la, tp masa ATM lwn lions, masa tmbh 5 min, ref tiup wisel masa 6m 57saat, jahat woo… bebas rasuah konon, puih!!
October 14, 2012 - 6:03 pm
Itu perasaan kau aje sebab dah kalah. Tengok la berapa banyak kali pemain lion hentikan permainan masa leading banding dgn kelantan. Kelantan main ada sporting spirit.
October 15, 2012 - 11:29 am
betul..moralnya jgn main lengah2 masa..player ATM masih ada masa w/pun 1,2 minit..masa itu emas..kalo dah leading 2,3 gol takpe gak..main terlalu bertahan..mengingatkan aku final FA cup,sime darby ntah apa2 main..xde semnagt kesukanan..asik lengah2 masa dan bertahan..tp kemenangan berpihak pd team yg main bersgguh..team spirit..tu pengajaran bro..:-)
October 16, 2012 - 6:20 pm
betul la, mana gi s Chanturu, lamo tak tengok
October 14, 2012 - 4:27 pm
Tenkiu veri much………
October 14, 2012 - 10:11 pm
3-0 menggambarkan TRW akan dpt 3 piala, tapi hati-hati krn mungkin ada pihak akan gagalkan hasrat ini..
Pasukan Yang Paling DiBenci—TRW
Presiden B.Sepak Negeri ” —TSAM
Jurulatih ” ” ” —B.Hodak
Pemain ” ” ” —Ghaddar
Stadium ” ” ” —SSM IV
Penyokong Yang Paling Ditakuti— Penyokong TRW
October 15, 2012 - 4:06 pm
kahkahkahkah…kahkahkah…
gelak guling2…
hadoi…
xtau nk ckp ap…
senyum je la…
October 15, 2012 - 8:14 am
kalu tengok ko permainan masa separuh akhir kedua menentang selangor malam tu, insyaallah kelate boleh menang. khairul fahmi apek pun nampak cemerlang malam tu. dapat moral support drp luniey buah hati pengarang jantung lah tu. akhir2 ini prestasi shakir nampak sedikit menurun, nape ek???
October 16, 2012 - 2:22 pm
eh…ye ta ye jugak..poimana s chanturu..tak ada main dgn pasukan trw..
October 16, 2012 - 2:24 pm
long term injury katanya