Lions benam PKNS, Johor FC kecewakan Johor
PASUKAN dari Singapura, Lions XII berjaya mengutip mata penuh pertama mereka selepas menjinakkan PKNS FC 3-1 di Stadium Jalan Besar dalam saingan Piala Malaysia Kumpulan A.
PKNS terlebih dulu menjaringkan gol pertama perlawanan pada minit ke-7 namun Lions XII tidak menunggu lama untuk bangkit apabila Khairul Amri menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-13.
Enam minit selepas itu Shaiful Esah menjaringkan gol kedua untuk pasukan tuan rumah dan separuh masa pertama tamat dengan pasukan kendalian V Sundramoorthy mendahului 2-1.
Pada separuh masa kedua, kapten Lions XII, Shahril Ishak menjaringkan gol ketiga dan terakhir untuk pasukannya.
Perlawanan antara dua pasukan Johor, Johor FA dan Johor FC pula berakhir dengan kemenangan memihak Johor FC 2-1 hasil gol Shahrizal Saad dan jaringan sepakan percuma pemain import Johor FC, Arthuro.
Johor FA dan PKNS kini di tempat ketiga dan keempat Kumpulan A dengan masing-masing mengumpul satu mata selepas dua perlawanan.
Luahan Perasaan