Peminat kesal FAM gantung lima tonggak Perak
BAIK tidak payah panggil!
Begitulah luahan hati Presiden Kelab Peminat Bola Sepak Perak (KPBP), Abdul Jamil Othman mengenai keputusan Jawatankuasa Tata tertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menggantung lima tonggak Seladang selama tujuh perlawanan serta mendenda mereka setiap seorang RM4,000, pada Rabu.
Ini kerana Jamil berpendapat keputusan itu memang sudah sedia ada dalam kepala jawatankuasa itu sebelum perbicaraan terhadap kapten, Shahrulnizam Mustafa, Akmal Rizal Ahmad Rakhli, Nasril Nourdin, Azmeer Yusof dan Mohd Syazwan Roslan di Wisma FAM, Kelana Jaya, kelmarin.
Jamil yang nyata kecewa turut berpendapat kehadiran kelima-lima pemain yang bergegas pulang dari Sabah melalui penerbangan awal pagi Rabu hanya sia-sia.
“Kehadiran mereka untuk memberi keterangan di depan jawatankuasa itu hanya satu formaliti. Ia ibarat melepaskan batuk di tangga semata-mata, bukannya untuk mencari keadilan, “ katanya.
Menurut Presiden KPBP itu keputusan yang dibuat kelmarin (Rabu) adalah sama dengan hukuman dikenakan kepada kelima-lima pemain pada 18 Julai lalu.
“Ia keputusan yang sama. Jika begini baik jangan panggil perbicaraan. Jawatankuasa itu sendiri boleh jatuhkan hukuman,” katanya.
Beliau juga beranggapan keputusan itu sebagai konspirasi untuk menjatuhkan Perak dalam kempen Piala Malaysia kali ini.
“Andaian saya itu berdasarkan kenyataan salah seorang daripada pegawai FAM itu bahawa untuk kelima-lima pemain itu kembali beraksi, pemain Perak yang lain perlu memastikan pasukan Kejor Yob Kejor mara ke suku akhir,” katanya.
September 9, 2011 - 10:34 am
FAM dulu kini dan selamanya sama tak bole pakai..buat penat berkejar kesana kemari last2 hukuman sama.. ringankan jadi 3 perlawan punbolelagi terima…ni dikatakan krang bijak marah tapi bila dikata tak berakal senyum pulak…FAM ..FAM…
September 9, 2011 - 3:34 pm
hukuman pn ringan sngat laa..bg laa 2 3 tahun.. denda la RM40 ribu pn ok..kalau ckit cm tu baik xpyah…
September 9, 2011 - 4:06 pm
biasa la 2….FAM just nk tgok n mh ‘ank mas’ die mng je…huh…mcm ne la nak maju bola spak Malaysia….
September 9, 2011 - 10:35 pm
Ha.. Baru set mu tahu sepak terajang FAM.. Kami set Kelantan dah lama tahu dah.. Tapi kami tak ikut arus FAM yang berkepentingan mengambil satu2 keputusan.. Banyak denda2 FAM yang tidak membantu pembangunan bola sepak negeri2 musuhnya..
Sekarang, belajarlah hidup dengan FAM yang sebegitu.
Encik2 FAM tu semua belajar tinggi2, tapi otak macam lembu
September 10, 2011 - 2:17 am
truk sgt hukuman di berikan…xpatut f.a.m bt mcm tu…..
September 10, 2011 - 2:20 am
walaupn 5 tonggak perak x dpt braksi…harap2 pemain yg ada.dpt meneruskan perjuangan….jgn pts asa…buktikan kepada mereka..KEJOR YOP KEJOR.
September 10, 2011 - 2:27 am
knpa x ambl tndakan gantung player 3.4 tahun…lg bgs…..
September 10, 2011 - 2:32 am
truskan perjuangan perak……
September 10, 2011 - 2:34 am
knpa smpai mcm tu skali tindakan f.a.m…..kurangkan la skit denda nya…huh….agak2 la…
September 10, 2011 - 4:54 am
knpa la hukum player berat sgt….x munasabah…klu stakat 1,2 game ok lg….apa nk jd dgn bola sepak MALAYSIA,..manusia mana xpnah wat slap…..pengadil pn kdg2 btkan penönton mrh.apatah lg dgn player..mau x mgamuk,
September 10, 2011 - 5:00 am
kami penyokong setia perak akn memberi sokongan 100% kpada pasukan ksyangan kmi…f.a.m xadil….
September 10, 2011 - 5:02 am
kami sentiasa menyokong pasukan ksyangan kami…..walau pn f.a.m xadìl pd pasukan perak…