Sukan SEA: Malaysia, Indonesia berentap di Final

MISI mempertahankan pingat emas Sukan Sea Indonesia skuad bola sepak bawah 23 tahun negara terus membara apabila berjaya melangkah ke final selepas Ahmad Fakri Saarani menjaringkan gol kemenangan 1-0 ke atas Myanmar pada aksi separuh akhir malam tadi.

Kejayaan itu memastikan Malaysia, juara lima kali bakal tampil di final ke-11 sejak temasya Sukan SEA bermula pada 1959.

Skuad negara beraksi di Stadium Gelora Bung Karno tanpa jurulatih, Ong Kim Swee yang digantung satu perlawanan dan hanya menyaksikan perlawanan dibangku penonton sambil tugasnya diambil alih penolong, Hassan Sazali Waras.

Biarpun Myanmar, naib juara Kumpulan B lebih banyak mengawal bola pada babak pertama namun skuad negara mencipta beberapa peluang terbaik untuk menjaringkan gol.

Dalam saingan Final esok, anak didik Ong Kim Swee akan sekali lagi bertemu Indonesia, bagi membuat perhitungan siapa bakal muncul pemenang pingat emas edisi ke-26 kali ini.

Kali terakhir Malaysia berjaya mempertahankan kejuaraan Sukan SEA adalah pada 30 September 1979 di Jakarta apabila menewaskan tuan rumah, Indonesia 1-0.

Bola Sepak Sukan SEA 2011 (Separuh Akhir)

Video: Malaysia 1-0 Myanmar | Gol Fakri Saarani

Video: Indonesia 2-0 Vietnam | Gol Patrich Wanggai, Titus Bonai

Related Posts

10 Responses to Sukan SEA: Malaysia, Indonesia berentap di Final

  1. Harap masuk Izaq jadi stiker, macam game last lawan Indonesia, supaya defend indon tak naik sgt support atacking dierang, midfield macam Nazmi and Badrol kene try luck shooting, good luck Harimau Muda!

    • Strategi 1 striker + counter attack paling sesuai untuk Skuad 23 ini… Striker tak kuat letak 2 kurang berkesan… Defence U23 ini jauh lebih mantap drp Skuad Kebangsaan… Tapi serangan sure team senior lebih mantap… Anyway Defence U23 + Attack Skuad senior= Pasukan Malaysia paling kuat…. tetapi… mampukah???

  2. eh nak tanya, baddrol bakhtiar kan masa lawan indonesia aritu kan dah dapat kad kuning, then semalam pun masa lawan myanmar kan dia dapat kad kuning juga. so dia boleh lagi ke berentap dalam perlawanan final esok?? sapa2 boleh tlg jawab tak?? curious ni…

    • Badrol sure boleh main lagi sebab masa lawan indonesia die dapat kad kuning, pastu bile layak separuh akhir automatik jadi neutral balik. tapi semalam die dapat kad kuning lagi kene hati2 masa Final, Good Luck Malaysia, continue make us proud!

  3. Kalau Ramli join dari Man United komfom masalah stiker settle, sure boleh menang ngan Indonesai nanti :P

  4. Jgn masukkan Shahrul Azwari..bukan nk main pasing2.kalau aku dah tk pilih dia wakil malaysia..ramai lagi yang boleh harap

  5. salam, nak tau waktu malaysia final bola sepak ni berlangsung. terima kaseh byk2 :)

    salam perantauan, malaysia boleh!

  6. 8.45 malam mcm tu la wahai incik Abu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>