Datuk Taufek Abdul Razak, Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM
Azzuddin selamat daripada sebarang dakwaan, Annuar Musa kena dua pertuduhan
SETIAUSAHA Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad terselamat daripada sebarang dakwaan apabila Jawatankuasa Tatatertib memutuskan beliau berhak membuat kenyataan berpandukan kepada peruntukan yang termaktub dalam peraturan badan induk bola sepak tanah air itu.
Namun nasib berbeza buat Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa apabila dua pertuduhan ke atasnya kerana kesalahan mengeluarkan kritikan secara terbuka akan dibicarakan pada 4 April ini selepas jawatankuasa itu yang dipengerusikan Datuk Taufek Abdul Razak menerima permohonan penangguhan perbicaraan kes itu.
“Merujuk kepada Artikel 88 bagi peraturan 2010-2014 FAM yang hanya membenarkan Presiden dan Setiausaha Agung boleh membuat kenyataan, kita tidak akan membuat sebarang dakwaan terhadap Datuk Azzuddin.
“Kami sudah berbincang dan meneliti kenyataan yang dibuat Datuk Azzuddin dan ternyata kenyataannya tidak melanggar kod Tatatertib 4.5.8 FAM.
“Kenyataan beliau tidak menjurus kepada unsur-unsur menghina atau menjejaskan imej Persatuan Bola Sepak Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.
Sebelum ini jawatankuasa itu didesak supaya berlaku adil dengan mengkaji untuk membuka kertas siasatan ke atas Azzuddin yang mengkritik kegagalan skuad Olimpik negara pada 16 Mac lalu selepas Annuar disabitkan dengan dua pertuduhan kerana mengkritik kemerosotan prestasi skuad kebangsaan kendalian Datuk K Rajagobal pada 13 Mac lalu.
Bagaimanapun kes Annuar tetap dibicarakan dengan pihak Jawatankuasa Tatatertib sedia menangguhkan hari perbicaraan yang sepatutnya diadakan esok bagi memberi ruang kepada Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan itu membuat pembelaan.
“Tan Sri Annuar sudah menghantar surat meminta menangguhkan perbicaraan itu kerana tidak dapat hadir atas sebab perlu menghadiri satu majlis bersama Kada (Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu) jadi kami setuju menunda kepada 4 April.
“Sebenarnya kami boleh meneruskan perbicaraan itu tanpa memanggilnya kerana beliau sudah menjawab surat pembelaan namun kami masih bertimbang rasa dan tetap memberi peluang kepadanya untuk hadir pada hari perbicaraan,” kata Taufek.
Namun ketika ditanya, adakah kehadiran Annuar diperlukan kerana hujah pembelaannya dalam surat yang dihantar sebelum ini tidak boleh diguna pakai, Taufek menjawab: “Saya tidak boleh komen perkara itu, tunggu 4 April, jawatankuasa akan menilainya.”
Taufek kemudian turut ditanya adakah Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Zainol Fadzi Paharuddin akan dibicarakan kerana secara lantang bersuara supaya FAM bersikap lebih terbuka tapi beliau menjelaskan kenyataan Zainol itu sekadar pandangan peribadi serta tidak perlu dikenakan tindakan.
Sementara itu, mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib semalam turut membicarakan kes salah laku pemain import Negeri Sembilan, Jean-Emmanuel Effa Owona yang dijatuhkan hukuman penggantungan dua perlawanan dan denda RM3,000 atas kesalahan menarik telinga penjaga gol Felda United, Mohd Hamsani Ahmad dan menolak pipi S Sivanesan ketika kedua-dua pasukan bertemu dalam aksi Liga Super pada 21 Januari lalu. — H.Metro
Related posts
- Azzuddin letak jawatan Setiausaha Agung FAM
- Brunei tak jadi sertai Liga M
- Rajagobal terselamat dari digantung
- Malaysia mampu pertahan trofi AFF
- Shahidan tak halal duit denda FAM RM39,000
- FAM boleh dikritik: Tengku Abdullah
- Shebby Singh dilantik pengarah bola sepak Blackburn
- Annuar Musa digantung 2 tahun 6 bulan
- TS Annuar Musa kena tunjuk sebab, dipanggil ke Jawatankuasa Disiplin
- Status Import: Terengganu kesal tuduhan tak berasas
Main topics: Bola Sepak Malaysia
Sub topics: Annuar Musa vs FAM, Bola Sepak Malaysia, Datuk Azzuddin Ahmad, Datuk Taufik Abdul Razak, FAM, FAM vs Annuar Musa, Jawatankuasa Disiplin FAM, Tan Sri Annuar Musa
Bodo. Anuar kena Azizudin bebas. Lagu mana bos
Sebab tu bola Malaysia moyot
ingat…hanya kipas2 sahaja yang hidup
Bgus, satu keputusan yang adil berwibawa dan tepat.. Jangan biarkan org yg gila kuasa dalam fam terus memperkotak katikan fam, kalau boleh pecat terus anuar musa! Suruh dia ganti sarizat jd menteri pembangunan wanita, ataupun jaga lembu
bodoh mman laksa mu pandai x nilai org sampai nk hukum org mcm tu pecat org sesuka hatibodoh sungguh mu man laksa lepas tu ganti dgn sharizat pulak x ka bengon namanya tu,ingat2 man laksa org serawak dah hantar santau,mu ni bodoh betul,nk komen pun biar la beralas sikit…….bangan,makan lipas.
aku man laksa:
raja provokasi ,,
talam dua muka ,,
pesakit mental tanjung rambutan,,
aku lah si batu api antara kau orang semua,,,
hahaha,ade pontensi….
patut la man laksa dah jadi batu pelir presiden haha.. hari ni perhimpunan 404 dpn fam nak pegi jentik batu man laksa lak
Saya dah semakin benci dengan karenah FAM yang mengamalkan pemerintahan kuku besi dan berpuak2 ni. Cuba lah fikir kalau rakyat Malaysia liga M, siapa yang untung? Dari dulu sampai sekarang x habis2 cerita BODOH camni. Bila lah nak selesai…..
tak salah kalau kritik, tp biarkah bertempat, ikut saluran yg betul, jgn ikut sedap pala lutut je… kalau nak jd hero ataupun sensasi meletup sana sini baik jd artis, tp bajet muka cam tu mmg xbleh jd artis… jd diktator bleh kot, jgn sampai org meluat dgn ko … aku ni kalau terbaca je nama ko kat mana2 pun pasal nak glamor ni mmg aku rasa nak muntah hijau, sudah2 la.. ko kan lebih fokus kat klantan, ko tak ingat ke rizal hasim soal ko sampai ko terbabak babak xbleh jawab, … hmmmmm sudah2lah, aku pun malas nak comment lg, buat penat je
hehehehe ,,,,pnt nye aku komen,,,
aku kan raja provokasi ,,xde orang nk lyan jgk aku,,
aku talam dua muka aku jg,,,,
aku laa si batu api sokernet ni,,
aku kturun indon boyan ,,sbb tuh laa aku duk meroyan je
boring !!!
Sape nk kutuk aku,,kutuk laa kuat2,,
doa mu aku time ajal
Raja bodoh!!!
Bola malaysia tak kan maju selagi raja bodoh n nyanyuk tu ada…. bila ntah nak mampus!!!!
TSAM kena belajar dari Tok Guru dulu sblum kritik. nak kritik biar ikut saluran betul. skrg padam muka…
Tok guru mana tu dolllll???? Tok guru man laksa ke???
mestilah belajar dengan tok guru..kalau belajar dengan kau cara kritik,kualitinya mcm yg kau selalu post tu la a.k.a sampah!
bodoh man laksa
suka hati aku la komen aku… ape kau kisah…
kau pun xyah lah nak kisah komen kita orang.
MAN LAKSA KE MAT SEKSA????
Kah..Kah…Kah…
SU Agung FAM x kene Tindakan Sbb tidak melanggar apa-apa BATU Penghalang….
Tan Sri Ada Langgar BATU…maka kena dakwa…..
Betol-betol kelakar la FAM ni….
Bila plk Yang Mulia Sultan merangkap Presiden Nak Letak Jawatan?
Sudah sekian lama menunggu utk Tranformasi FAM….Tapi…Hampeh…
Habuk Pon tarak….dapt AFF Suzuki pon dh bangga gila…mcm dpt Piala Dunia…perghh FAM-FAM…apa nk jdi…..
Mitak Tolong Presiden FAM Letak Jawatan….Kami X nk tgk ada KRONI dalam FAM….
lantak kau la FAM… sesuai dah ngan namanya Persatuan Boleh Sepak Bos Sendiri Malaysia. wachayasamalu la FAM!!
dahla tak berapa hensem perangai pulak buruk. lebih teruk lagi tak tau apa2 pun nak bangunkan bolasepak tapi gila kuasa nak jadi presiden. kat kampung aku ada jawatan presiden persatuan lari pecut 100 meter sambil menunjukkan air muka gila kuasa. jawatan tu memang sesuai untuk presiden FAM sekarang.
FAM dah mcm PBB, ader kuasa VETO jugak ke??? Hanya S?A dan Presi bo;eh bg kenyataan…Masa unsur2 ;anyone has a right to share”…
Ini jadi kalu org istana berkuasa…sampai bila kiter???
we need a new faces young enrgetic and brilliant people as our new presiden etc etc
patutnya FAM lebih menumpukan kejayaan bolasepak malaysia melalui pandangan peribadi TSAM dan bukannya ambil tindakan terhadap isu yang remeh temeh yang disensasikan geng media bodoh, ini tidak..perkara menghukum orang ni jadi agenda lebih penting daripada ambil pandangan tersebut kearah perkara positif. Kalaulah tenaga dan semangat menghukum tu disalurkan pada pembangunan bolasepak malaysia alangkah baiknya dan tidak rugi menrendah hati menerima pandangan yang baik daripada menunjukkan kesombongan dan keangkuhan apabila berkuasa.Kuasa dan pangkat tu anugerah Allah sebagai ujian bagaiman kamu menggunakannya.REVOLUSI BOLASEPAK NEGARA bakal berlaku sedikit masa lagi!
Apa khabaar admin soker.net. Awat lama dh soker.net xupdate??
Admin sokernet bila lagi nak up date,ni dah berapa haribulan ? tak kan benda yang macam ni nak suruh kita berdemotrasi pulak !!!!!!!!!
Sokernet dah kena ban sbb kluar statement yg menghina FAM. Sama seperti nasib yg ditimpa oleh TSAM. Admin sokernet telah diberi kata dua oleh org dlm FAM, supaya memohon maaf atau berdepan dengan tindakan mahkamah. Mahkamah telah mengeluarkan injuksi kpd org FAM utk menghalang dari admin sokernet mengupdate laman web nya….. Sekian. Kejatuhan era bola sepak Malaysia dalam pembikinan walaupun rakyat Malaysia tahu kebangkitan baru saja bermula. Ianya berpunca dari kita sendiri yang ada perasaan dengki dan iri hati terhadap kejayaan sesetengah pihak dan keberanian sesetengah pihak mengutarakan kritikan & pandangan membina.
Kite semestinyer menghapus kuasa istana di dalam pertubuhan yang membabitkan sukan eg bolasepak atau etc…
Kuasa istana is ultimate dan tidak sesuai di dalam pentadbiran sukan kiter..Mana ader negara2 lain yg membabitkan kuasa istana dalam sukan???
Perubahan drastik dan pentadbiran FAM yg baru diperlukan segera…Tak masuk akal presiden seumur hidup!!! Tak pernah org buat lg….
SINGKIR kuasa ISTANA…
Kalau diaorg nak tunjuk POWER, belilah satu kelab English eg. Man U ke atau QPR ke mcm Tony….then, dia bolehlah buat keputusan yg ULTIMATUM psl he owns the club…
Skrg Bolasepak Malaysia belongs to rakyat Malaysia then, anyone has the right to say, give opinion, criticise etc etc.. It just FAM is the organization in managing the national squad…
Sepatutnya Presiden, Tim Presiden or whatsoever is decided by Rakyat…Bukannya kuasa Istana yg seumur hidup nak pagang jawatan….Presiden FIFA pun bertukar2..
FAM bukan milik persendirian. teguran juga perlu, demi memperbaiki pasukan
FAM ptt terima pandangan @ pendapat orang jika mahu bola sepak malaysia di naik taraf spt Thailand yg mne ranking jauh lebih baik dr malaysia..rakyat malaysia ni rmi player yg bgs2 tp disebabkan kroni2 di dlm FAM ni la yg boleh merosakkan Bola malaysia…
FAM sepatutnya tutup kedai begitu jugak dengan SOKERNET. FAM dan SOKERNET sama2 x update……. dan x up to date……
tak lama lagi si anu(kote)war akan dpt hukuman pecat!!!!! alhamdulillah wakakakakak
Jeng jeng jeng. Anak dajal dah melalak……
komen2 man laksa lbih dr presiden FAM plak yew ??? ko nk jd presiden kew ??? x pyah cbuk2 laa … lantak dye laa nk komen apa pon … knape ???? x de kna mgena dgn bapak ko bdoh … FAM prlu bfkiran positif dlam hal ny … anuar bri komen yg mmbina … dye komen bdsarkan prestasi pskan … smua pnyokong tau yg pskan kbgsaan mrudum dlam bbrapa plwana pshabatan … jd dia sbg timbalan FAM , ada hak utk bsuara
apa nak jadi, presiden bodoh, maka fam jadi bodoh la
MAKAN SANDWICH IKAN TUNA, ROTI CANAI IKAN SADIN,
MEMANG DIJANGKA ANNUAR KENA, SUME IKAN TELUNJUK PRESIDEN.
IBU AYAM SEDANG MENETAS, TELUR SEBIJI JATUH KE SIMEN,
ANNUAR BIJAK DAH KENA CANTAS, FAM SUKER YG YES MEN…
Azzudin blh terlepas hukuma..apa punya bodoh FAM..otak letak kat lutut lah ..slps ni fam,buat skrip sidiri,buat filem..dari yg atas sampai ke bawah FAM,suma blh jd pelakon..suma bodoh2,make taik n rasuah
jah tau