Status Import: Terengganu kesal tuduhan tak berasas
PERASAAN malu yang menyelubungi kem pasukan Terengganu gara-gara kontroversi surat pekeliling bertarikh 23 Disember lalu belum berakhir.
Semalam, Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh sekali lagi tampil menjelaskan pendiriannya bagi membersihkan maruah persatuan negeri itu.
Kata Che Mat, sekalipun Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah membuat permohonan maaf menerusi Setiausaha Agungnya, Datuk Azzuddin Ahmad, namun ia masih belum cukup memulihkan penderitaan PBSNT.
“Kami (PBSNT) bukan mahu berkelahi tetapi kami hanya mahu mencari penyelesaian yang baik antara induk dan badan gabungan.
“PBSNT dilemparkan pelbagai tohmahan dan dikatakan tidak tahu membaca surat pekeliling itu. Walhal, ia bukanlah kesilapan kami kerana kami berpandukan kepada surat pekeliling itu,” katanya.
Justeru, Che Mat mahu Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin sendiri membuat permohonan maaf kepada PBSNT di atas kekeliruan yang timbul daripada surat pekeliling itu.
“Janganlah kata yang kami tidak tahu membaca surat pekeliling itu kerana ia satu tamparan buat kami.
“Jadi, saya mahu dia memohon maaf secara terbuka kepada kami… bukan kepada saya tetapi kepada PBSNT,” jelasnya.
Semalam, Akhbar Kosmo melaporkan permohonan maaf daripada FAM menerusi Azzuddin ekoran kesilapan yang berlaku ke atas surat bertarikh pada 23 Disember.
Dalam surat berkenaan, FAM secara jelas menyatakan syarat-syarat pemain asing untuk pasukan Kelantan dan Terengganu yang akan bermain dalam Liga Malaysia (Liga-M) 2012 dengan skuad Penyu diberi tempoh pendaftaran sehingga 9 Januari ini.
PBSNT kemudian telah menandatangani kontrak dua pemain import iaitu Francis Forkey Doe dari Liberia dan Erison Da Silva Santos Carnieto dari Brazil.
Bagaimanapun, FAM kemudian menjelaskan, surat berkenaan berkenaan merujuk pendaftaran pemain import untuk kempen Piala AFC dan bukannya Liga-M.
“PBSNT telah banyak melabur untuk mendapatkan dua pemain import ini tetapi malangnya, mereka tidak dapat bermain.
“Kalau diikutkan, dua pemain import itu tidak dapat bermain dalam 10 perlawanan Liga Super dan mungkin juga tidak berpeluang bermain dalam Piala FA sehingga separuh akhir,” jelasnya.
Namun Che Mat menjelaskan, PBSNT akan tetap mengekalkan Doe dan Carnieto sehingga pintu pembelian pemain import dibuka pada April depan. — Kosmo
January 8, 2012 - 11:51 am
fam bodoh x habis2 lg,bkpe mkin lama mkin truk ni???bengon btl la..bubar2 la fam 2..tukar pengurusan..
January 8, 2012 - 2:35 pm
CMJ pon boso tak makang telo juga… Suruh FAM minta maaf terbuka saja buat apa…
Ejas le skali biar import boleh main Januari ni…
Kan FAM ngaku silap, maknanya boleh le import main, dokkang kena tunggu sampai bulan 4…
Base CMJ bodo dok makang telor.. org suruh letok jawatan..takboh!!!
January 8, 2012 - 4:04 pm
FAM satu persatuan yg diakui FIFA buat kerja macam budak sekolah……malangnya keselahan sendiri hanya meminta maaf sahaja…tanpa bertanggungjawab dan buat gantirugi diatas kesilapan sendiri…….bodowwwww arggggghhhhhhhhhhh
January 9, 2012 - 4:27 pm
SU Agong FAM, buat kerja macam budak darjah 1c je,tahu dah FAM silap, kenapa tak benarkan trg turunkan pemain impot.penggal depan berilah peluang org yg lebih cerdik sikit jadi SU agong ni.
January 10, 2012 - 11:35 pm
teranung main dok sedak, mat jusoh letok jawatan la… orang x mboh wei ….dah lama dah
January 10, 2012 - 11:38 pm
awal awal kaloh doh
January 12, 2012 - 10:19 am
kaloh bkn bermkna kita kaloh …kalah itu buat pgajaran k…soal CMJ JGN KATE DIA MCM TU…KIRA OK LA TU …KITA ADA UNDNG2 ..BUAT SESUATU IKUT STEP..TAPI SOAL LETAK JAWATAN SAYA SOKONG