Selangor uji skuad Sukan SEA 2011

Selangor FA

SELEPAS berdepan Singapura, persiapan Selangor menentang Perak dalam Piala Malaysia berada pada posisi terbaik apabila skuad Sukan SEA bimbingan Ong Kim Swee pula akan menguji anak buah P Maniam, petang ini.

Perlawanan yang dijadualkan pada jam 5 petang akan berlangsung di padang Wisma FAM.

Selangor akan turun tanpa kelibat Mohd Asraruddin Putra Omar yang menyertai skuad senior Malaysia ke Australia.

Bagi jurulatih Selangor, P Maniam mengakui dua perlawanan persahabatan itu amat berguna bagi meningkatkan tahap kecergasan pemain.

“Pada perlawanan itu nanti, saya mungkin menggandingkan Nasriq Baharom dan Yosri Derma Raju di pertahanan tengah berikutan ketiadaan Asraruddin dan pemain yang dipinjamkan dari Harimau Muda, Nazri Ahmad.

“Saya akan menguji semua pemain dalam perlawanan tersebut memandangkan ia adalah peluang terakhir menilai kemampuan sebenar mereka sebelum saya memutuskan kesebelasan terbaik, ” katanya.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>