Keputusan ganjil pengadil Hong Kong
PENGURUS skuad bola sepak kebangsaan, Datuk Seri Subahan Kamal menganggap anak-anak buahnya telah mencapai ‘kemenangan’ meskipun terikat 2-2 pada aksi perlawanan persahabatan menentang Singapura di Stadium Jalan Besar malam kelmarin.
Selepas selesa mendahului dua gol hasil jaringan Azamuddin Akil dan Safiq Rahim, skuad Harimau Malaya terpaksa menelan hakikat pulang dengan keputusan seri.
Semuanya gara-gara dua gol yang diperoleh Singapura pada penghujung babak kedua menerusi jaringan Shahdan Sulaiman dan Qiu Li.
Bagaimanapun, jaringan pertama Singapura pada minit ke-87 menimbulkan kontroversi.
Keputusan pengadil dari Hong Kong, Ng Kai Lam jelas menimbulkan keraguan apabila memberikan sepakan percuma di dalam kawasan kotak penalti skuad Harimau Malaya.
Insiden tersebut berlaku selepas Kai Lam dikatakan tidak berpuas hati dengan reaksi pemain pertahanan, Mohd. Aidil Zafuan Abdul Radzak yang menjerit perkataan Yes selepas penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat berjaya menyelamatkan sepakan penalti Qiu Li.
Pada masa yang sama, Kai Lam turut melayangkan kad kuning kepada Aidil sejurus insiden itu.
Subahan memberitahu, beliau tetap berbangga dengan persembahan barisan pemainnya yang berjaya mendahului tuan rumah dengan dua gol awal sebelum tindakan ganjil pengadil itu merubah detik bermakna buat skuad Harimau Malaya.
Jelasnya, keputusan Kam Lai yang memberikan sepakan percuma itu yang dilihat menjadi titik permulaan ‘kejatuhan’ Harimau Malaya untuk meraih kemenangan pertama di Stadium Jalan Besar sejak lapan tahun lalu.
“Kami sebenarnya berhak menang pada perlawanan tersebut sebelum keputusan pengadil mengubah segala-galanya.
“Saya berpendapat tindakan pengadil itu sangat ganjil. Aidil hanya menyebut perkataan Yes, bukan satu perkataan lucah.
“Meskipun sepakan penalti itu mencetuskan kontroversi tetapi kami tetap menerima keputusan tersebut.
“Bagaimanapun, tindakan pengadil memberikan sepakan percuma di dalam kawasan kotak penalti agak tidak rasional,” kata Subahansemalam.
Bagaimanapun, di sebalik kontroversi itu, Subahan yakin motivasi pemain-pemainnya tidak terjejas, sebaliknya mereka sudah bersedia untuk membalas dendam pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam, Selasa ini.
“Saya berharap ribuan penyokong akan membanjiri Stadium Shah Alam bagi memberikan sokongan kepada Harimau Malaya.
“Saya yakin kita mampu melakar kemenangan apabila beraksi di hadapan penyokong sendiri nanti,” ujarnya. — Kosmo
Video Singapura 2-2 Malaysia | Gol Azamuddin Akil
Video Singapura 2-2 Malaysia | Gol Safiq Rahim
Video Insiden Penalti, Apek Save Penalti, Kontroversi Free Kick Dalam Kotak Penalti
June 10, 2012 - 10:29 am
memang HM telah menang dgn sgapore…tp hakikatnya ALLAH telah menutup pintu rezeki HM kerana terdapat manusia2 bodoh sombong n bajet star n bajet pandai dalm team HM …nasihat di tolak bulat2… kritikan tdak di pedulikan…seribu 1 rasuah dalm FAM…maka terimalah pengajaran….klo pown singapore merasuah ref, semua 2 xkan terjadi klo ALLAH xizin kn….nah amek ko ALLAH bayar cash!!..
June 10, 2012 - 11:13 am
Sedih tengok HM. Sebenarnya inilah yg berlaku setelah FAM tak ikhlas, pemilihan pemain bias. Doa rakyat malaysia yg muak dgn FAM . Sedarlah pengurusan FAM , kita hidup di bumi ALLAH.Insaflah wahai manusia.
June 10, 2012 - 2:44 pm
Fifa lagi tak bising, keputusan ni memag adill, korang je yg bodoh tak sekolah, mueheheheh
.
June 10, 2012 - 2:55 pm
eh,ingat malaun ni dah gantung diri ke apa,hidup lg rupanya…panjang lg umor ko man…bila la ko nk mampos ni…
June 10, 2012 - 6:09 pm
keputusan yang macam sial !
June 12, 2012 - 8:02 am
WTF?? Free kick dalam kawasan penalti?? nampak sgt ref dah kena beli. Ego Singapore xnak kalah di tempat sendiri. xpe malam ni stadium shah alam, kita bagi mesej kat “raja rimba” tu siapa “raja” sebenarnya, Singa ke RAJAgopal? hahahaha!!
June 12, 2012 - 10:42 am
Mendahului 2-0 mmg xcukup.. Lain kali kita kena mendahului 5-0 ka, 6-0 ka, barulah ok.. Pastu xpyah bagi depa score sbijik pn..
June 12, 2012 - 10:55 am
nampak sangat pengadil tu nk bagi singapura menang tapi apa kan daya seri pun kerana 13 lawan 11 orang… sebenarnya pegadil tu nk ambil sepakan pelnati tapi qeu li tu ambil x masuk tu yang dia nk ambik pulak sepakan percuma.haaaaaa…… ayuh malam nie kita patahkan pula kaki singa yang sudah luka, hidup harimau malaya….
June 12, 2012 - 2:48 pm
kita pun jangan la riak sangat semacam kita hebat… rezeki di tangan tuhan… kalau player bersungguh2 utk menang insyaAllah tuhan akan bagi kemenangan kat kita…
June 12, 2012 - 5:54 pm
hahahaha….Player HM kne pertingkatkan kawalan emosi dalam padang
June 12, 2012 - 6:25 pm
Statement pengurus bodo. mana pandai mung dengan pengadil