27 pemain dipanggil persiapan Malaysia vs Arsenal, Manchester City

SERAMAI 27 pemain dipanggil menjalani sesi latihan dan pemilihan skuad kebangsaan bagi menghadapi perlawanan persahabatan dengan dua kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Nasional Bukit Jalil, bulan ini.

Pemain yang dipilih akan berpeluang berdepan dengan Arsenal FC pada 24 Julai sebelum menentang juara EPL 2011/2012 Manchester City pada 30 Julai, kata Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) dalam kenyataan hari ini.

Kedua-dua perlawanan itu akan berlangsung bermula pukul 9.45 malam.

FAM juga sedang mengatur latihan pusat di luar negara bagi skuad tersebut dari 4 hingga 16 Ogos depan.

Penyerang kebangsaan yang bermain di kelab Pelita Jaya di Indonesia, Mohd Safee Mohd Sali juga dipanggil pulang menyertai latihan skuad Harimau Malaya itu.

Selain itu, mereka yang dipanggil menyertai latihan ialah Amar Rohidan, Baddrol Bakhtiar, Mohd Khyril Muhymeen Zambri (Kedah); Mohd Asraruddin Putra Omar, Mohd Bunyamin Umar, Norazlan Razali, Safiq Rahim (Selangor); Ahmad Shakir Md Ali, Mohd Farizal Marlias, Shahurain Abu Samah dan S. Kunalan (Negeri Sembilan).

Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Shakir Shaari, Norshahrul Idlan Talaha, S. Subramaniam (Kelantan); Mohamad Ashaari Samsudin, Mohamad Muslim Ahmad, Mohd Faizal Muhamad (Terengganu); Azamuddin Mohd Akil (Pahang); Md Rozaimi Abd Rahman (Sabah); Mahalli Jasuli, Mohd Fadhli Mohd Shas (Harimau Muda A); Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak, Amiridzwan Taj Tajudin, Mohd Azmi Muslim (ATM) dan Yong Kuong Yong (Felda United FC).

- Bernama

Related Posts

42 Responses to 27 pemain dipanggil persiapan Malaysia vs Arsenal, Manchester City

  1. Tak habis2 asyik pemain yang sama saja dipanggil… tak kreatif langsung K.Rajagobal…nampak sangat x ikut perkembangan prestasi semasa pemain & x der idea nak turunkan barisan terkuat Malaysia utk menghadapi skuad EPL…confirm kena goreng lagi ni HM…

  2. buat la psiapan utk piala suzuki dgn mgetngahkn pmain muda yg mningkat naik bukan nya favorite player coach..

  3. Kenapa Rajagopal x panggil Amirul Hadi Zainal??

  4. please give Badhri Radzi (Piya) captain of Kelantan an international call up!!! he is superb…such a dynamic and effective attacking midfielder

  5. xdok gayo nyo laa weh !!!
    Meme rajagopal pah ko suttt xke amek laa,,
    shakir doh amek,,tp kembar xdok,,xjd gpo laa,,,

  6. ikut mu la gopal nk plih sapo pn..tp molek mu trun biar oks plop amik alih..hrp ko mu meme xbrapa nk pntg snguh la ranking

  7. npe amirulhadi zainal tidak dipanggil..??

    • ayat tu salah la bro… sepatutnya “bagi je semua pemain selangor” (yang main tak konsisten tu gak nak suruh main)

  8. kalu boleh minta abe gopal ejas bagi indra putra main. kawe tgk dia main dah macam rooney.

  9. kalau tak panggil pemain yang tak sah rajaagopal ni

  10. agak-agak k.rajagopal ada masalah peribadi ker dengan piya masa dia latih kelate dulu? shakir shaari kena ada piya baru serasi molek……

  11. kelantan pasukan juara liga ..hanya ada empat pemain dalam skuad termasuk goal keeper??? tu pun belum tentu dalam first eleven?? kalau skuad sepanyol majoriti pemain dari real madrid dan barca….sok lah baso nate bengong keling kace butir nih!!!!

  12. Klu PRANDELLI yang jadi coach Malaysia sekarang, aku pasti backline Malaysia akan diisi oleh pemain2 Kelantan, manakala Nor Farhan, Nurul Azwan Roya dan Piya pasti juga dipanggil. Klu PRANDELLI (coach Itali)-lah. Dah Raja Gobal yang jadi Chief Coach, pasti team ini dipenuhi pemain Selangor, Negeri Sembilan dan ATM. Pemain Kelantan jadi reserve atau teman se-pelatih, tengoklah klu tak pecaya. Booo untuk FAM, badan bolasepak kebangsaan yang sempit fikiran

    • dia sedang mencuba pemain tu

    • Nampaknya satu cara untuk korang buktikan sesuatu ialah bila TRW lawan QPR nanti - main buwi mene! Pah tu kito tengok prestasi Harimau Malaya. Pah tu kito belarok bwk sepanduk FAM BELAWOK FAM BELAWOK, hahahaha? Rano?

  13. gua sangat2 berharap malaysia akan dibelasah teruk nanti…hak tuih…..

  14. …kalau kalah teruk..
    …Raja Gopal akan cakap keputusan tak penting…
    …kita tgh uji pemain..yg penting keserasian..
    …ha..ha..ape punye koc…

    • semua mamat2 kelate yg reply. nk sangat semua player dia main team mlaysia. adoi.

      • kau tengok spain separuh player dari team no 1 dan 2 liga . tak macam malaysia pemain dari tangga corot dan division 2 pun nak ambik . kau tengok kelantan dan teaam lain 10 point beza tu

        • Kalau player dr TRW ramai yg terbaik apa salahnya. Kenapa kapten Kelantan tak dimasukkan? Ini, player dr liga Perdana pun ambil. Kenapa tak ambil player lg piala Presiden kalau betul nk bg peluang kt semua? Justifikasi apa yg Rajagopal guna aku sendiri xfaham. Sape2 boleh tolong bg penjelasan?

      • bukan mcm tu bro..kena tgk prestasi la..skang ni prestasi team Kelantan tgh naik, apa salahnya bg peluang..mana tau ada hasil..bukan suggest suruh ambik satu team pun..ini tidak ntah apa2 smpai pegi amik team liga perdana..liga super ni xcukup bagus ke?..seperti yg kita tahu liga super lebih besar & player byk yg ada penglaman..semua nk team Malaysia menang..so coach kena bijak la..rujuk team2 world mcm Spain,national team diorg semua dr kelab yg tgh perform,mmg xambik kelab 2nd class..sekian

  15. ahh ah..kapten juara liga super yang juga playmaker terbaik dipinggirkan..kapten team cap ayam diberi peluang….

  16. liga spain atau laliga tu jgn nak di banding kn sgt cm langit ngn bumi ngn liga malaysia…. 20 thn kite tggu pun agk lom cpai lg… jd naik kan liga m tu bru leh fkrkn ape yg kite impi tu…

    • iyolah,solagi ado oghang2 yg tak ado ideo kat tompek fam solagi tulah kito tak dapek nok meghaso nikmat kemajuan bolasepak malaysia…tukar dulu oghang2 kek fam,bagi kek oghang yg betul2 boleh bawa kemajuan,dok gitu…

  17. Nazmi mana? Apasal tak expose dia? Kata main Portugal..

  18. Aku rasa Arsenal dgn Man City patut wat friendly dgn Kelantan..baru best tgk…kalau lawan team rajagopal sure kene blasah je nanti..keh2..team rajagopal adalah team liga perdana lawan team EPL..gile ke pe

  19. pelik bin ajaib

    betul tu…asyik pemain yg same je….spttnya die mengetengahkan bakat2 baru…mcm yg berlaku di myanmar ritu…player sabah nampak 1org..rozaimi…xkan lah 1org je kot..mesti ramai lg..cume x bg peluang…asyik org lame je…haiyya…

  20. Assmekm kenkwn…. Musykil kat kapla aku skarang nape rajagopal suke sangat kat amar rohidan…klu btoi la si amar ni the best defensive midfildr yg kite ada apsal kdah main cam taik n main bgus giler biler jupe TRW??????? Lg 1,bg la can player cam indra,akmal,hairuddin omar,norfarhan main blik dlam team harimau malaya….ni x,player liga perdana yg ntah apa2 ntah dipanggilnyer!!! Aduhai pening palo den… Kat dlam super league ni korang checklah kat mane2 pun the best attacking midfielder yg kite ade is Piya kapten TRW. Zainal abidin sdiri yg kate piya yg pling kreatif stakat ni dngan 8 gol dalm league.So,kenapalah agaknyer rajagopal x panggil si piya ni????? Aku rase klu bgi piya,syakir n syafiq main midfield…..kite ada 1 line up midfield yg pling best!!! Amacam? ada yg stuju????

    • bro..
      sape yg bgtau amar rohidan ni best defensive midfielder skrg ?

    • sebagai head coach national team..he should aware whose the best main midfield kt m’sia skrg…so lau kapten team yg johan liga tidak terpilih utk national team..for me that only hav 3 reason…
      1..he’s not de best midfield yg ad kt m’sia skrg
      2..he’s not coach “favourite”
      3..datuk k rajagopal tak tgok liga malaysia..hahaha

      ad sesape nk tambah ??

      • Dato K R tengok Euro ler… dia dah terlepas liga Malaysia.. tau2 kelate menang.. dia pon tak kenal pemain kelate maka tak cinta ler…

  21. salah satu sebab kenapa national team kite susah nak gi jauh sbb kebanyakan coach malaysia pilih pemain berdasarkan favret player masing2…kalau kite tgok sejarah team malaysia, datuk k rajagopal ada player dia yg tersendiri..B.Sathianathan pun ada kelompok pilihan player dia sendiri…so, rumusan untuk player national team…adalah berdasarkan kelompok fevret coach…bukan berdasarkan prestasi semasa…ada sesiapa yg menentang ????????

    • Btol sangt2…..canme yer team yg mng league tp playernyer dikatakan ‘xbgus’!!!! Hairan bin ajaib kan???? Kalu korang peratikn dlm team selction 2,ada 2 org je defensive midfielder iaitu amar dan syakir shaari!!!Gurusamy injured 2 sal xmsuk list…. 2 sal la aku kate si amar ni the best defensive mdfielder yg kite ada sal syakir xpnah main pun walaupun tlah dpanggil beberapa kli kdalm team harimau malaya n klau main pun mnit 89 br msuk!!!! Btol x????

  22. lebih baik bagi org muda chan menimba pengalaman lwn pasukan kuat. Org lama usah le nak guna lagi. semua sudah tau kualiti skrang org lama mengecewakan. Defence lama yg bg gol kat taiwan dan si singa tu kalau boleh buang je la. Sama jugak dgn midfield lama yg tiap kali hantar bola free kat lwn. Tapi Safee tu kena lah guna sebaik2. kalo boleh letak s.kunalan (kiri) dan norsharul tahala (kanan) di belakang safee utk buat support kat midfield dan attack..

  23. kalau gitu ambik saja amri yahaya & penjaga gol kedah baru ada ummmph…ko guane…

  24. jangan risau, rajagobal nak test pemain lagi kali ni. lepas ni kalau ada match lain dia test lagi. lepas tu test lagi. nanti banyak kali tak memuaskan tukar coach lain pulak. test pemain lagi. tanya FAM, betul ke tak?

  25. salam.. aku cadangkan ambik pemain ong kim swee.. permain diorang lagi bagus dari team DRK..

    • setuju… selain pendedahan boleh juga jadikn persediaan AFF suzuki…. wlbmana pun pemain2 bagus spt safee sali, idlan sharul, safiq, rozaimi perlu ada….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>