Annuar Musa Saman FAM, Azzuddin Ahmad
Annuar Musa saman FAM, Azzuddin Ahmad

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Setiausaha Agungnya, Datuk Azzuddin Ahmad diperintah memfailkan afidavit pembelaan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.

Ia berhubung saman yang difailkan Timbalan Presiden FAM yang digantung 30 bulan, Tan Sri Annuar Musa 6 Jun lalu.

Timbalan Pendaftar Kanan Mahkamah Tinggi Shah Alam, Nurul Ain Hamzah memberikan perintah itu ketika pengurusan kes disebut siang tadi.

FAM, Azzuddin diarah fail pembelaan

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Setiausaha Agungnya, Datuk Azzuddin Ahmad memfailkan pernyataan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Tan Sri Annuar Musa terhadap mereka pada awal bulan ini.

Penolong Kanan Pendaftar, Nurul Ain Hamzah turut menetapkan 19 Julai ini untuk pengurusan kes semasa kes saman itu disebut di hadapan beliau hari ini.

Pada prosiding semalam, Annuar diwakili peguam Kamaruddin Abdullah dan Jasswant Singh, manakala tiada wakil daripada pihak defendan hadir.

Annuar memfailkan saman pemula tersebut di Mahkamah Tinggi di sini pada 5 Jun lalu bagi menuntut 10 perisytiharan berhubung pengantungan beliau sebagai Timbalan Presiden FAM termasuk pertuduhan persatuan itu terhadap beliau dalam sepucuk surat bertarikh 16 Mac lalu adalah cacat, tidak sah dan terbatal.

Begitu juga perbicaraan tatatertib pada 4 April lalu dan hukuman terhadap beliau pada keesokan harinya yang didakwa tidak mematuhi prinsip keadilan asasi.

Mengikut pernyataan tuntutan, Annuar mendakwa hukuman yang dijatuhkan ke atas beliau tidak sejajar dengan pertuduhan asal dan draf pertuduhan terhadapnya mengandungi kecacatan serta FAM telah bertindak secara mala fide (berniat jahat).

Katanya, Azzuddin yang dinamakan sebagai defendan kedua, dalam surat bertarikh 2 April lalu juga melarang beliau daripada menghantar wakil ke Mesyuarat Khas Ke-21 Jawatankuasa Tatatertib FAM.

Ia dilakukan dengan alasan defendan itu sendiri yang akan mewakili plaintif, sedangkan defendan kedua tidak sepatutnya menjadi wakil plaintif kerana Azzuddin adalah pihak yang membuat tuduhan.

Sehubungan itu, Annuar memohon mahkamah mengisytiharkan kesemua tindakan yang membawa kepada pengantungan beliau itu tidak mematuhi status dan kod tatatertib FAM yang sekali gus menjadikan ia terbatal dan tidak sah.

Turut dimohon adalah perintah injunksi menghalang pihak defendan daripada melarang beliau untuk menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden FAM dan lain-lain jawatan serta melibatkan diri dalam sebarang acara bolasepak.

Annuar dalam kenyataan kepada media pada 7 Jun lalu memberitahu, tindakan saman itu dibuat bukan untuk mencabar hukuman yang telah dijatuhkan ke atasnya, tetapi ia berkaitan dengan perlanggaran undang-undang yang dibuat dalam menjatuhkan hukuman tersebut.

Annuar digantung dua tahun setengah daripada menjalankan tugas sebagai Timbalan Presiden FAM sejak 4 April lalu oleh Jawatankuasa Jatatertib persatuan itu setelah didapati bersalah membuat kenyataan media tanpa izin dan melanggar arahan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif (Exco).

Bagi pertuduhan pertama, Annuar digantung selama dua tahun sementara enam bulan lagi untuk pertuduhan kedua selepas didapati melanggar Artikel 88 Status FAM edisi 2010-14 di bawah Perkara 4.5.8 (I) dan 4.5.8 (III). — utusan

Annuar Musa saman FAM, Azzuddin

6 Jun - TAN Sri Annuar Musa telah memfailkan saman Pemula terhadap FAM dan Setiausaha Agong FAM, Datuk Azzuddin Ahmad di Mahkamah Tinggi Malaya Shah Alam semalam.

Makluman berkaitan saman berkenaan tertera di laman sosial facebook peribadi milik Timbalan Presiden FAM dan Presiden KAFA yang digantung dua tahun enam bulan itu tengah malam tadi.

Saman dibuat dipercayai atas isu Annuar Musa digantung selama dua tahun setengah oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia April lalu.

Menurut Annuar, beliau memfailkan saman berkenaan setelah FAM bertindak menutup semua pintu rayuan dan rundingan terhadap isu kritikan beliau terhadap prestasi tidak menentu skuad Harimau Malaya kendalian jurulatih Datuk K Rajagobal.

Teguran itu bagaimanapun dianggap sesuatu yang serius oleh FAM dan ditafsirkan sebagai melanggar statut kuno FAM.

“Satu saman Pemula telah berjaya didaftarkan di Mahkamah Tinggi Malaya Shah Alam (Bahagian Sivil) pagi tadi (semalam) terhadap FAM dan Datuk Azzuddin Ahmad.

“Saya selaku plaintif melalui sepasukan peguam telah mengemuka dan mendeposit afidavit sokongan yang mengandungi segala fakta, butiran kes untuk ditimbang dan diputuskan oleh mahkamah.

“Saya menyerahkan kepada mahmakah dan proses undang-undang untuk membuat ketentuan bagi semua perkara yang telah saya kemukakan dalam afidavit tersebut.

“Secara jujur saya katakan saman mahkamah hanya setelah semua pintu rayuan dan berkira mereka tutup. Saya tidak ada (masalah) peribadi dengan sesiapa.

“Saya sekadar berusaha mendapat tafsiran yang benar dan tepat atas perkara yang melibatkan proses perundangan yang biasanya tidak diendah dan diguna untuk niat yang jahat (mala fide),” menurut petikan posting yang tertera di laman Facebook Annuar Musa.

Main topics: Bola Sepak Malaysia

Sub topics: , , , , , , , , , , , , ,


Readers Comments (18)

  1. zaza

    Hahaha…..Jawab Judin jgn x jawab!!!!

     Reply
  2. nik

    salam. sedangkan ALLAH menbuka pintu taubat utk umatnya. sedangkan awak (azzudin)tutup terus pintu rayuan. siapa awak ni ? fikir-fikirkan lah din. tq

     Reply
  3. yakan tiru

    orang FAM dari awal lagi memang berniat jahat, tidak boleh ada pemimpin yg bijak sikit, semua nak cantas…, pada hal perkara kecil begini boleh di selesaikan demi kemajuan bolasepak negara, apa lah teruknya sampai pemimpin sendiri komen terhadap pasukan sendiri tak boleh ??? pengurusan FAM bengong..azuddin pon sama….

     Reply
  4. Panglima Tentera

    Azzudin tu General Tentera la…Besar pangkat tu tak takut ke TSAM….Start mula kerja sampai mampuspun akan bawa pangkat tu bersama gaji dan pencen buta tu..

     Reply
  5. bongok

    air muka judin pn npk jahat dah..menyampah..

     Reply
  6. Air bukit

    selangkah telah bermula dari beribu-ribu mungkin berjuta langkah. kepada bijak pandai yg berkemampuan cuba dan carilah penawar bagi setiap penyakit dlm arena sukan kita khususnya bola sepak. TSAM once and always be a fighter to fight against malafide. semoga berjaya.

     Reply
  7. amat

    bila naik mahkamah semua rahsia akn terbongkar aku nak tengok siapa yang kena , kemana pergi duit sponser selama ni

     Reply
  8. man laksa

    ye la tu, rahsia anuar musa gila kuasa, tak sedo diri hikhikhik

     Reply
    • SemutApi

      Ada lagi anak dajal ni, ingat dah kiooookkkk…..

       Reply
      • warriorsFANs

        bke spo hamidin ny … po ore glow

         Reply
    • fuck jdin

      mun g main jauh nuh bengong….baso bengong…

       Reply
    • KL

      sengal dia dah mai.. bodoh dia akan mnyusul. bangang bakal memjelma.

       Reply
    • laksa taik babi

      hoi,panjang umo ko…aku igt ko dah mampos…

       Reply
    • awi dicu

      man laksa kau sedarlah diri tu, semua orang dah xsuka aku cadangkan kau hilangkanlah diri dari siri buat selamanya

       Reply
  9. awi dicu

    man laksa ingatkan dah mampus………..

     Reply
  10. Boss

    Saya sokong TSAM untuk kemajuan bola malaysia. Orang lama Dalam FAM dah tak de idea lagi doh. Semua Patut tahu Kalau lama sangat Jadi ketua semua Akan hancur macam badminton Dan bolasepak. Kalau lama Jadi ketua macam BAM & FAM buat habis duit jah tapi result hancur,,!!!! Berhentilah orang tua tua persatuan sukan malaysia

     Reply
  11. asam jawa

    aku ingat man laksa dah masuk lubang kubur doh…rupa-rupa nya hiduplagi.

     Reply
  12. subrikanion

    Kritik satu hal, merancang satu hal. Walaupon ak turut menyokong kritikan yang dibuat, ak takut die hanye mampu mengkritik.

     Reply