Rajagobal gusar prestasi penyerang
Jurulatih Malaysia, Datuk K. Rajagopal berkata pasukannya sedang membuat persiapan yang baik menjelang Piala AFF Suzuki pada bulan November tetai beliau mempunyai satu kebimbangan.
Rajagopal mendedahkan beliau kecewa dengan prestasi para penyeragnya. Penyerang-penyerang utama Norshahrul Idlan Talaha dan Mohd Safee Sali telah gagal untuk mengulangi prestasi hebat mereka sejak membantu Malaysia menjuarai pertandingan itu dua tahun yang lalu.
Kali terakhir Safee menjaringkan gol untuk pasukan Harimau Malaya adalah di kekalahan 3-2 kepada India November lalu manakala prestasi Norshahrul telah jatuh selepas beliau pulih daripada kecederaan.
Rajagopal mengakui tonggak serangannya perlu mempertingkatkan lagi prestasi mereka selepas persembahan yang mengecewakan menentang Arsenal dan Manchester City baru-baru ini.
“Penyerang kami bermain dengan lebih baik menentang Man City berbanding dengan apabila menentang Arsenal tetapi masih ada ruang untuk memperbaiki lagi,” kata Rajagopal.
“Para penyerang saya bekerja keras di dua perlawanan itu … tetapi ia perkara biasa untuk seorang penyerang mengalami satu tempoh di mana mereka akan gagal untuk jaringkan gol. Safee dan Norshahrul adalah pemain-pemain professional dan mereka tahu apa yang patut dilakukan.”
Rajagopal juga berkata terdapat beberapa perkara positif yang boleh diambil daripada perlawanan menentang Man City.
“Secara keseluruhan, pasukan saya bermain dengan baik dan kami harus ingat City mempunyai pemain-pemain yang sangat hebat seperti Sergio Aguero dan Carlos Tevez,” kata Rajagopal.
“Gary Steven Robbat bermain dengan baik, sebab itu beliau bermain 90 minit. S. Subramaniam juga memberikan persembahan yang baik … ini adalah tanda-tanda yang baik dan akan berikan saya lebih banyak pilihan.”
Harimau Malaya kini akan rehat sebelum berangkat ke Austria selama 13 hari dari 4-16 Ogos untuk membuat persiapan terakhir sebelum mempertahankan Piala Suzuki mereka.
- espnstar.my
August 2, 2012 - 3:13 pm
kalau team bagus tak payah harap kan penyerang je tengok spain final world cup pun tak letak penyerang
August 3, 2012 - 9:22 am
spain lain sbb setiap pemain dia di mana2 bhgn bertaraf world class. jd dia boleh guna apa jua taktik dan menang. lgpun filosofi spain adalah kawalan bola dan sbb itu midfield byk. manakala bg malaysia lebih pd counter attack. bg team decent mcm malaysia ttp perlu prolifik striker utk menjamin kemenangan.
August 4, 2012 - 12:52 pm
takpe rangking x penting…hahaha
August 5, 2012 - 6:19 am
dh ko x cerdik rajagobal. ko g suh rozaimi men defend time lwn arsenal ngn city tu psal
August 13, 2012 - 4:11 pm
pada kami sbg penyokong harimau malay.kami nampak safee dan norshahrul sdh tidak boleh serap selalu ke dalam pasukan ,beri peluang pada pemain muad contohnya.rozaimi,kecik 1zdan kunanlan yg pada kami mereka ini berpotensi di bhgn serangan
September 12, 2012 - 8:17 am
sudah tiba masanya RAJAGOPAL di ganti dia sudah takder idea main macam banggang
September 12, 2012 - 10:56 am
Malaysia kalah 0-2 kepada Vietnam di Stadim Shah Alam… mana beritanye sokernet..?
September 12, 2012 - 12:14 pm
woi admin…knp x update ni… kwn2, ade link lain tak slain sokernet? aku dah bengang dah x update2 pasal bola sepak malaysia ni…
September 18, 2012 - 10:26 am
kita tgk result nati.. Kalo skuard gagal mempertahankan kejuaraan, rajagopal perlu letak jawatan.. Sblum dipecat!
Amcm, ada bran?
September 18, 2012 - 1:26 pm
Apa susah,kalau kalah dalam AFF nanti bagi je alasan masih nak buat experimen cuba2 pemain…(FAM mesti terima tu…..Pasal S/U FAM ni kata rangking2 tak penting…..(inilah alasan raja gopal bila setiap kali harimau malaya kalah ….dan yang paling penting rajagopal jangan lawan FAM mesti selamat kerusi COACH tu punyerr he.he.he…Dak gitu tok JUdenn ngan Tok midin ?????
September 18, 2012 - 3:15 pm
timbalan presiden FAM dah kata target piala asia 2015 jadi jangan harap la rajagopal nak letak jawatan nanti dia nak keje apa? mana ada team nak dia FAM jer yang suka dengan dia nih