Kandas 1 jam: Malaysia hantar bantahan rasmi ke AFC

Pengurus skuad bola sepak Sukan SEA XXVI Indonesia, Datuk Hamidin Mohd. Amin menyifatkan pengalaman terkandas selama satu jam setengah sebelum berjaya memasuki Stadium Gelora Bung Karno untuk perlawanan akhir kelmarin, sebagai ‘lebih mengerikan’ daripada apa yang diharungi ketika final Piala AFF Suzuki, Disember lalu.

Berikutan itu, tegasnya, Malaysia akan menghantar bantahan rasmi kepada Pesuruhjaya Perlawanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengenai insiden itu.

“Keadaan di luar stadium adalah kritikal dan kami tidak berpuas hati terhadap penganjur dengan keadaan tidak terkawal itu.

“Pengalaman yang dilalui pemain-pemain, ditahan hampir satu setengah jam adalah cukup mengerikan.

“Nasib baik saya dan sebahagian pemain telah pernah mengalami situasi seumpama, tetapi saya boleh kata kali ini adalah lebih teruk daripada yang lepas,” ujar Hamidin yang juga Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

5 Responses to Kandas 1 jam: Malaysia hantar bantahan rasmi ke AFC

  1. Indon memang tiada semangat kesukanan. Rakyatnya semuanya jakun dan sakai.

  2. patut ban je negara dia. Langsung xselamat. Xterkawal.

  3. patut ditembak je dgn baracuda tu

  4. ..atau beri je kemenangan percuma 3-0 jika penyokong merusuh

  5. indon mmg sakai… tgk la sendiri byk ambik pemain luar.mmg betol2 sakai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>