Tiket final habis: ‘Ulat tiket’ salahkan KAFA

Adakah benar wujud ‘ulat tiket VIP’ yang didakwa memiliki hubungan dengan ‘orang dalam’ membolehkan mereka membeli 500 hingga 1,000 tiket untuk sesuatu perlawanan penting membabitkan pasukan bola sepak Kelantan?

Persoalan itu timbul berikutan pendedahan seorang ulat tiket yang turut mendakwa golongan itu boleh dibahagikan kepada tiga kategori dengan dua yang lain ialah ulat tiket peringkat pertengahan dan kecil-kecilan atau ‘cap ayam.’

“Ulat tiket VIP yang mempunyai modal besar membeli tiket dengan jumlah banyak menerusi orang dalam dan boleh membeli 500 hingga 1,000 tiket sekali gus.

“Ulat tiket golongan pertengahan pula mendapatkan tiket daripada penaja manakala ulat tiket ‘cap ayam’ mendapatkan tiket di kaunter dengan mengatur ‘konco-konco’ yang berbaris seperti penonton lain,” kata lelaki mahu dikenali sebagai Zali yang mendakwa menjadi ulat tiket sejak 2009.

Zali tampil membuat pendedahan itu selepas banyak pihak menuding jari kepada ulat tiket sebagai punca penyokong Kelantan gagal membeli tiket final Piala FA sehingga mencetuskan kekecohan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV (SSMIV), kelmarin.

Zali turut mempertikaikan alasan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) kononnya semua tiket sudah habis dijual kepada pihak yang membuat tempahan awal.

“Kalau tempahan awal, kenapa KAFA tidak membuat pengumuman awal bahawa tiket sudah habis dijual dan tidak perlu bersusah payah membuka kaunter tiket untuk jualan,” katanya.

- Harian Metro

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

3 Responses to Tiket final habis: ‘Ulat tiket’ salahkan KAFA

  1. ulat pun da ada VIP skang

  2. Kan gua dah cakap. gua dah tau lame dah. Lepas cetak orang dalam jgk yg hulur pada ulat awal2. Klu dah habis inform awal lg senang. Pala butuh la dorang ni bia lah org beratur beli. sibuk nak hulur, bg penyepak baru tau apa tu bola.

  3. Nwar musa hang perlu bercakap jujur le dalam kes ni…..jangan bersandiwara ……tak kan benda kecik mcm tu pun tak leh nak settle…naya peminat yg sbhgn besarnya adalah golongan marhaen….jgn fikir nak buat duit je !!!!!!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>