Nazmi Faiz galas harapan
Peminat gelar Nazmi Faiz ‘Kaka Malaysia’
SEMASA namanya disenaraikan pada saat akhir bagi menggantikan Gary Steven Robbat ke Sukan SEA 2011, tidak ramai peminat mengenali siapakah Nazmi Faiz Mansor yang baru berusia 17 tahun.
Malah, tindakan yang dilihat terdesak oleh jurulatih negara, Ong Kim Swee kerana sanggup menerbangkan Nazmi ke Jakarta yang ketika itu berada di Vietnam bagi menghadapi Kejohanan Kelayakan AFF bawah 19 tahun menimbulkan persoalan di kalangan peminat, adakah perjudian itu memberikan pulangan berbaloi.
Tambahan sehingga dia sanggup tidak mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), ramai hanya menjangkakan pemergian Nazmi hanya untuk memanaskan bangku simpanan sahaja dan tidak lebih sekadar mencari pengalaman.
Namun, sebaik sahaja Sukan SEA XXVI Indonesia bermula, namanya tiba-tiba meniti di kalangan peminat bola sepak tempatan, malah sudah ada yang membandingkan kehebatannya sama seperti bekas pemain legenda negara, Azizol Abu Hanifah dan tidak kurang memberikan dia dengan nama jolokan ‘Kaka Malaysia’.
Ketenangan mengawal bola dan membuka ruang kepada rakan sepasukan dengan hantaran bola yang menakjubkan walaupun dalam situasi sukar seolah-olah seperti pemain yang sudah jauh berpengalaman membuka mata ramai pihak bahawa anak jati Lembah Keramat ini bakal menjadi aset terbaru masa depan bola sepak Malaysia.
Walaupun telah membawa Malaysia meraih emas di Jakarta, Nazmi mengakui masih banyak perlu dipelajari untuk menjadi pemain lebih baik, namun berterima kasih kepada jurulatih, Kim Swee kerana memberikan kepercayaan kepada dirinya bermain dalam kesebelasan utama.
“Selepas Sukan SEA, gaya permainan saya semakin meningkat dan selesa bermain dengan rakan-rakan walaupun baru sahaja bersama skuad utama.
“Kejayaan memenangi emas di Sukan SEA belum memuaskan hati saya, masih banyak perkara yang saya mahu capai selaku pemain bola sepak di samping meningkatkan lagi tahap permainan saya,” katanya yang bercadang mengambil peperiksaan SPM pada tahun depan.
Mahu menghadiahkan kemenangan kepada peminat setia negara ketika berdepan Bahrain esok, dia berjanji akan menebus kembali kekalahan yang dialami ketika menentang Syria.
“Saya berazam mahu bermain bersungguh-sungguh selepas kecewa kalah kepada Syria, memang kami semua sudah keletihan dalam perlawanan itu kerana hanya mendapat rehat selama sehari,” katanya. — Utusan Malaysia
Semoga berjaya buat Nazmi Faiz dan Rakan-Rakan.
- Kelayakan Olimpik 2012: Malaysia vs Bahrain
- Stadium Nasional Bukit Jalil
- 27 November 2011
November 27, 2011 - 2:11 am
wonderkid malaysia.harap ade scout yang tengok dia main masa sea games & olympic,dan dia dpt main kat liga di luar negara.x kisahla memana,asalkan tidak di negara kita
November 27, 2011 - 5:30 pm
wonder kid,Nazmi Faiz is the best….hopefully Nazmi Faiz and Harimau Malaya berjaya menentang bahrain Malam ni…jasa Nazmi Faiz akan dikenang oleh malaysia..begitu juga dgn pemain yang lain…Harimau Malaya Go3….selamanya3 sokong Malaysia..
November 28, 2011 - 10:56 am
player terbaek..congrates!!!!!you had done the best 4 malaysia!=),,
November 28, 2011 - 12:15 pm
seriously ! he so cute !
and , he so amazing ! he played with ‘strongness’ !
really2 amazing ! even though , he just 17 yaers old !
go2 nazmi !
November 28, 2011 - 1:03 pm
Ni lah aset negara . Dia muda lagi . Masih jauh perjalanan dia . Gol dia masa lawan bahrain tu mmg cantek
November 28, 2011 - 4:26 pm
cantikn jgk gol smlm.tahniah nazmi,anda permata baru negara
November 28, 2011 - 6:20 pm
harap FAM dpat buka mata agar nadzmi mansor dapat di hantar keluar negara untuk menimba pengalaman.. kenapa safiq rahim dan safi sali saje yang layak untuk berlatih bersama cardiff city..sedangkan mereka dah berusia..apasalahnya hantar nadzmi untuk timba pengalaman itu…kerana beliau masih muda..mana tahu rezeki dia ada..kalau tak leh dekat cardiff pun..try la hantar mana2 negara asia yang bola sepak dia maju..jepun..korea..australia..mana la tahu semua tu dapat menaikkan nama beliau..sekaligus nama malaysia kan terharum.. dan harap penghantaran itu bukan sekadar lepas batuk di tangga..beri pemantauan..jgn jadi macam titus plak..